COVID-19: Kontak rapat kes COVID-19 pertama di Pulau Pinang dikesan

Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebagai langkah berjaga-jaga berhubung penularan COVID-19.

GEORGE TOWN, 12 Mac  -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius tentang kes COVID-19 pertama di negeri itu, dan telah mengambil langkah menghubungi individu berkenaan untuk tujuan siasatan dan persampelan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang juga telah mengenal pasti semua kontak rapat di tempat kerja dan di rumah individu itu bagi tujuan siasatan, persampelan dan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19.

“Keputusan ujian saringan akan disahkan Institut Penyelidikan Perubatan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurutnya pesakit bagi kes pertama COVID-19 di Pulau Pinang itu merupakan seorang kontak rapat kepada satu kes positif di Kuala Lumpur.

Sementara itu JKN Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini menafikan mesej tular di media sosial kononnya terdapat kes COVID-19 di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan orang ramai diminta tidak pergi ke hospital itu.

"Hentikan perkongsian yang boleh timbulkan kekeliruan dan panik bagi orang awam. Jika tidak pasti jangan kongsi dengan sesiapa, sebaliknya rujuklah maklumat-maklumat yang sah di kesemua platform rasmi media sosial JKN Pulau Pinang," katanya.

Katanya berita palsu seperti itu tidak memberikan apa-apa manfaat kepada masyarakat sebaliknya individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM)1998.

-- BERNAMA 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018