12 petugas KKM, tiga petugas swasta positif COVID-19 - KP Kesihatan



KUALA LUMPUR, 20 Mac -- Dua belas petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang daripada 12 kakitangan KKM itu kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

"Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan.

"Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini, bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sehingga 12 tengah hari semalam, 110 kes positif COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes terkini kes positif wabak, 900.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2