KKM tampil akaun khas COVID-19 untuk orang ramai salur bantuan



KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka satu akaun khas COVID-19 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada kementerian berkenaan.

Menerusi posting di laman Facebook kementerian itu hari ini, KKM berkata sumbangan akan digunakan bagi tujuan membeli alat kelengkapan perubatan, ubat-ubatan, reagen (pereaksi kimia), bahan pakai buang, serta keperluan perubatan lain di fasiliti KKM.

"Sumbangan boleh disalurkan ke akaun perubatan KKM bernombor 2-66016-0002347-5 (RHB Bank). Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833111 atau dengan menghantar e-mel ke alamat sumbangancovid19@moh.gov.my," menurut catatan itu. 

KKM mengakhiri posting itu dengan: “Terima kasih daripada kami kepada anda yang memberi sumbangan”. 

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1