COVID-19: Pengendali Takaful tawar pelbagai manfaat tambahan



KUALA LUMPUR, 24 Mac -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan syarikat ahlinya mengambil langkah proaktif dalam menyediakan bantuan manfaat tambahan kepada pemegang sijil yang terkesan dengan COVID-19.

Pengendali Takaful menawarkan pelbagai langkah bantuan, antaranya pemberian bantuan tunai sehingga RM5,000 kepada pelanggan individu yang disahkan dijangkiti COVID-19; manfaat pendapatan hospital; dan manfaat bayaran penuh khas kematian daripada RM6,000 hingga RM20,000 apabila berlaku kematian peserta.

Terdapat satu pengendali Takaful yang menawarkan program bantuan kewangan bernilai RM1 juta untuk pelanggan yang terjejas ekoran COVID-19, menurut MTA menerusi kenyataan hari ini.

Persatuan itu berkata bagi pelan Kemalangan Diri Perjalanan, sebuah pengendali Takaful menawarkan perlindungan bagi perbelanjaan perubatan luar negara, sehingga had manfaat jika pemegang sijil didiagnos COVID-19, untuk pendaftaran sijil sebelum 23 Jan, 2020.

Pengendali Takaful juga menetapkan semula waktu operasi pejabat cawangan masing-masing di seluruh negara sebagai usaha menyokong Perintah Kawalan Pergerakan.

Layari http://www.malaysiantakaful.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2