KMI Healthcare tawar perkhidmatan perundingan dalam talian, penghantaran ubatan ke rumah sepanjang PKP



KUALA TERENGGANU, 16 April -- Semua rangkaian hospital Kumpulan Medic Iman (KMI Healthcare) menawarkan perkhidmatan perundingan dalam talian, penjagaan di rumah dan perkhidmatan penghantaran makanan serta ubatan kepada pesakitnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin berkata perkhidmatan tersebut melibatkan beberapa bidang terpilih seperti penjagaan kejururawatan, fisioterapi, farmasi, makanan dan kesihatan.

“Selain itu pada bulan Mac lepas, kebanyakan hospital KMI telah menawarkan ujian saringan COVID-19 untuk orang ramai yang mana ia diperluaskan ke perkhidmatan pandu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu Raja Idris berkata pihaknya telah menetapkan panduan operasi perniagaan dan memastikan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 seperti penjarakan sosial diikuti dengan rapi oleh para petugas hospital dan pesakit.

 “Semua hospital KMI Healthcare juga telah melakukan pencegahan termasuk pemeriksaan suhu bagi setiap orang yang masuk ke hospital, penyediaan kaunter pemeriksaan khas, menghadkan pintu masuk, dan penyebaran maklumat berkenaan COVID-19 dalam bentuk brosur,” katanya.

KMI Healthcare merupakan anak syarikat bahagian perniagaan TDM Berhad yang memfokuskan penjagaan kesihatan dan menguruskan empat hospital pakar iaitu; Pusat Perubatan Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor; Pusat Perubatan Kuantan di Kuantan, Pahang; Hospital Pakar Kuala Terengganu di Kuala Terengganu; dan Hospital Pusat Perubatan Taman Desa di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2