KKM pertingkat ujian saringan ke atas warga emas dan pekerja asing - KP Kesihatan



PUTRAJAYA, 16 April -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan yang berkaitan, untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas penghuni rumah orang tua dan pekerja asing.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjalankan ujian saringan di rumah orang tua, khususnya yang padat dengan penghuni.

Bagi pekerja asing pula, beliau berkata beberapa agensi seperti Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) tampil membantu KKM untuk melakukan ujian saringan serta menjejaki kumpulan itu.

“Kami menyedari sebilangan pekerja asing tidak tampil, jadi kami perlu bekerjasama dengan beberapa NGO dan akan terus meningkatkan perkhidmatan dari segi saringan, pengesanan dan penjejakan, ujian, pengasingan dan merawat mereka.

“Setakat ini belum ada kluster dalam kalangan pekerja asing,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa KKM telah menjalankan ujian saringan ke atas 465 individu di Pasar Borong Selayang, dan mendapati hanya tiga peratus atau 13 daripada pekerja asing didapati positif COVID-19.

Katanya, KKM akan terus meneliti kawasan berisiko tinggi terutama dalam komuniti yang mempunyai ramai pekerja asing.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Vivantis Technologies Elevates COVID-19 Testing Capacity In Malaysia

By Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.

In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.

Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1