Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Majlis PraPelancaran Aplikasi MySejahtera di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
KUALA LUMPUR, 21 April -- Orang awam kini boleh memantau tahap kesihatan mereka khususnya sepanjang penularan wabak COVID-19 menerusi aplikasi kesihatan MySejahtera.
MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan dalam masa sama membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal bagi tindakan lanjut, cepat dan berkesan.
Berdasarkan senarai soalan lazim (FAQ) aplikasi itu, pengguna boleh mengetahui klasifikasi kesihatan mereka dengan menjawab beberapa soalan seperti simptom yang dihadapi dan sejarah perjalanan ke luar negara.
Menerusi soal jawab penilaian kendiri itu, pengguna akan dimaklumkan status atau klasifikasi kesihatan mereka serta panduan untuk tindakan selanjutnya jika didapati mengalami gejala COVID-19.
Selain itu, aplikasi itu turut membantu pengguna menilai tahap kesihatan ahli keluarga atau individu lain yang tinggal bersama.
MySejahtera yang dilancarkan semalam, dibangunkan melalui kerjasama strategik KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Setakat ini, lebih 90,000 pengguna sudah berdaftar dengan MySejahtera.
Aplikasi itu turut menyediakan maklumat dan perkembangan terkini COVID-19, maklumat fasiliti kesihatan terdekat, panduan kesihatan dan pelbagai informasi berkaitan kesihatan.
Menurut senarai FAQ itu, kerajaan memberi jaminan maklumat peribadi pengguna digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 dan tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak lain.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau di pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my seterusnya memuat turun aplikasi itu daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi itu disokong oleh kesemua peranti telefon pintar yang menggunakan perisian sistem Android versi 4.4 dan iOS 11 ke atas.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN