MYEG Philippines perkenal aplikasi penjejakan, pemprofilan kesihatan



KUALA LUMPUR, 28 April -- Usaha sama MY E.G. Services Bhd (MYEG), MYEG Philippines Inc, hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar bagi penjejakan hubungan dan pemprofilan kesihatan digital yang dikenali sebagai MyEGuard, yang akan membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan jejak perhubungan dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

MYEG Philippines telah memulakan projek rintis MyEGuard membabitkan kota-kota seperti Paranaque City (Wilayah Ibu Negara), Kidapawan City (Cotabato Utara, Mindanao) dan Ilagan City (Isabela, Luzon Tengah) di Filipina. 

MyEGuard akan membolehkan pihak berkuasa di bandar-bandar ini untuk menjalankan penjejakan hubungan yang amat diperlukan dalam usaha untuk membendung pandemik COVID-19, bukan sahaja di Filipina tetapi juga di seluruh dunia, kata penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Sistem ini telah dibangunkan secara bersama di Malaysia oleh MYEG dan S5 Systems Sdn Bhd, sebuah firma perunding teknologi maklumat dan keselamatan IT. 

Selain sebagai penjejakan hubungan, penduduk di bandar-bandar yang terlibat akan diberikan Kod QR berwarna yang dinamik, ia berfungsi sebagai penunjuk status kesihatan dan tahap risiko COVID-19 yang sedang menular.

Menurut MYEG, data yang memperkasakan kod kesihatan itu sentiasa dikemas kini secara berterusan dalam masa nyata dengan bacaan diambil dari titik semakan yang diwujudkan di pelbagai lokasi strategik yang dilalui penduduk termasuk daripada maklumat perhubungan.

"Kami berbesar hati apabila dapat membantu bandar-bandar ini dalam usaha mereka untuk membendung penularan COVID-19 dan kami akan terus memperbaiki sistem kami agar ia menjadi lebih cekap dan berkesan.

“Kami menjangka ia akan dikembangkan ke beberapa bandar lagi pada minggu akan datang apabila projek rintis ini berjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif MYEG Philippines Ann Saldana.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2