COVID-19: Thailand catat enam kes baharu dan kematian sifar



Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK,  2 Mei -- Thailand telah melaporkan enam kes baharu COVID-19 dan kematian sifar, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di seluruh negara tersebut setakat ini ialah 2,966 kes dengan 54 kematian.

Jumlah harian kes baharu yang dicatat di negara itu berada pada satu digit bagi hari keenam berturut-turut.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata tiga daripada kes baharu dikesan di pulau peranginan Phuket manakala dua kes di fasiliti kuarantin negara membabitkan rakyat Thailand yang pulang dari Jepun dan India dan satu lagi kes di Bangkok, yang merupakan kontak rapat pesakit disahkan dijangkiti virus itu sebelum ini.

“Setakat ini, 39 dari 77 wilayah tidak melaporkan sebarang kes bagi tempoh 28 hari atau lebih.

“Memandangkan Thailand telah melaporkan angka yang rendah bagi kes COVID-19, beberapa perniagaan dan venue akan dibuka semula esok. Justeru, kita perlu terus mengamalkan jarakan sosial dan langkah sewajarnya bagi mengelak gelombang kedua jangkitan COVID-19,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Daripada hampir 3,000 kes, Thaweesilp berkata Bangkok telah mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,524 diikuti Phuket (220), Nonthaburi (157), Samut Prakan (118) dan Yala (114).

Bagaimanapun, Phuket mempunyai kadar jangkitan tertinggi berdasarkan jumlah penduduk.

Sementara itu, Thailand akan menarik balik larangan penjualan alkohol mulai esok, bagaimanapun ia hanya untuk dibawa pulang.

Larangan itu berkuat kuasa sejak 10 April dalam usaha untuk tidak menggalakkan perhimpunan sosial. Ia adalah langkah terkini yang diambil semasa situasi COVID-19 di negara itu bertambah baik.

Bermula esok, enam jenis perniagaan dan venue di seluruh negara akan dibuka semula termasuk pasar, tempat makan di luar pusat beli-belah, perniagaan borong dan runcit, taman dan fasiliti sukan luar (bukan untuk sukan berpasukan), kedai gunting dan salun rambut (terhad kepada memotong, mencuci dan mengering) serta dandanan dan hotel haiwan peliharaan.

Sementara itu, Ketua Majlis Keselamatan Negara Thailand Jeneral Somsak Rungsita berkata semua perniagaan dan venue yang akan dibuka semula esok perlu mengamalkan jarakan sosial serta langkah-langkah kebersihan yang baik.

Beliau berkata semua kedai di seluruh negara dibenarkan menjual alkohol, bagaimanapun gabenor wilayah mungkin mengenakan semula larangan berhubung perkara itu, jika perlu.

Jabatan Konservasi Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuh-Tumbuhan Thailand berkata semua taman negara akan terus ditutup sehingga notis lanjut.

Thailand telah melanjutkan perintah darurat bagi memerangi pandemik itu sehingga 31 Mei. Langkah-langkah seperti menyekat kemasukan penerbangan pesawat penumpang antarabangsa, perintah berkurung pada sebelah malam dari 10 malam hingga 4 pagi, melarang perjalanan rentas wilayah dan perhimpunan massa akan diteruskan di bawah perintah darurat itu.

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1