Sarawak warta Ordinan Kesihatan Awam



KUCHING, 14 Mei -- Kerajaan Sarawak hari ini mewartakan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam yang akan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 9 Jun bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Katanya setelah berjaya meratakan lengkungan semasa gelombang pertama wabak COVID-19, apa yang dikhuatiri adalah kebangkitan gelombang berikutnya, terutama dengan pembukaan semula sektor perniagaan secara beransur-ansur dan kepulangan pelajar Sarawak yang belajar di luar negeri.

“Justeru, Sarawak perlu memperkenalkan beberapa langkah tambahan, dan jika kita tidak mewartakannya (Ordinan), langkah-langkah itu tidak memiliki keabsahan undang-undang. Tindakan ini boleh diambil kerana Sarawak mempunyai autonomi kerajaan tempatan, berbeza dengan negeri lain kerana mereka tidak mempunyai ordinan sendiri,” katanya pada sidang media di sini.

Dr Sim berkata sejumlah aduan diterima mengenai individu yang telah mendapat dikenakan perintah kuarantin di rumah dan diwajibkan memakai gelang tangan khas; didapati tetap keluar dari rumah mereka.

"Oleh yang demikian, di bawah ordinan yang diwartakan hari ini, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai gelang tangan khas itu keluar dari rumah mereka,” katanya.

 -- BERNAMA

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018