COVID-19: Malaysia catat dua kes baharu, terendah sejak PKP - KP Kesihatan



PUTRAJAYA, 10 Jun -- Jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini adalah paling rendah dicatatkan negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan hanya dua kes dan tiada penularan dalam negara.

 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif terkini 8,338 kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,206 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada dua kes baharu yang dilaporkan itu, satu merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Satu lagi kes yang dicatatkan melibatkan bukan warganegara di mana kes ini dilaporkan di Kuching, Sarawak iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8303,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di sini, hari ini. 

Bagaimanapun Dr Noor Hisham berkata terdapat satu lagi kes kematian dicatatkan, menjadikan jumlah terkumpul 118 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Beliau berkata kes kematian ke-118 (kes ke-824) merupakan lelaki warganegara berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta komplikasi buah pinggang.

“Beliau juga mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 10 Jun, 7.03 pagi. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga beliau,” katanya. 

Terdapat 39 kes telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 7,014 kes.

Dr Noor Hisham berkata pada masa ini sebanyak lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada sidang media itu Dr Noor Hisham turut menyentuh mengenai peningkatan kes kemalangan jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jika dibandingkan semasa penguatkuasaan PKP.  

Katanya mengikut perangkaan dan statistik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes kemalangan jalan raya ketika PKP Fasa Satu daripada 18 Mac sehingga 31 Mac ialah 5,498 kes dengan 58 kematian.

“Ini bermakna, kadar kemalangan seharian ialah 392.7 kemalangan sehari. Jika dibandingkan, kes kemalangan naik mendadak kepada 738 kemalangan sehari semasa PKPB mula berkuat kuasa pada 4 Mei 2020.

“Data PDRM juga menunjukkan dari tempoh 5 Mei 2020 sehingga 12 Mei 2020, jumlah kemalangan jalan raya ialah  5,904 kes dengan 68 kematian, dan dari 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 pula sebanyak 25,251 kes kemalangan telah direkodkan dengan 231 kematian iaitu 738 kemalangan sehari,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata statistik awal bagi kes kemalangan atau trauma yang mendapat rawatan di hospital pula menunjukkan penurunan   65 hingga 75 peratus bagi semua negeri semasa PKP berbanding sebelum bermulanya PKP.

Namun jumlah itu meningkat sebanyak 30 peratus semasa PKPB memandangkan terdapat lebih banyak kenderaan di atas jalan raya, sekali gus menjadi kebimbangan KKM susulan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi, sosial dan lain-lain sektor dalam tempoh PKP Pemulihan (PKPP).  

Katanya kemalangan bukan sahaja mendatangkan implikasi serius termasuk kehilangan nyawa dan kecacatan kekal kepada yang terlibat, tetapi juga terhadap perkhidmatan di hospital. 

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya dan elakkan memandu sekiranya penat atau tidak cukup rehat.

-- BERNAMA

 

 

 




Untuk maklumat lanjut klik sini

HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1