Saringan COVID-19 tetap berjalan walaupun kes satu digit - KP Kesihatan



PUTRAJAYA, 10 Jun -- Kementerian Kesihatan (KKM) akan tetap melaksanakan saringan COVID-19 meskipun jumlah kes positif harian kekal satu digit dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata operasi saringan pada masa ini masih berjalan seperti biasa termasuk kepada kumpulan sasar yang dikenal pasti.

"Kalau kita lihat di makmal hari ini, terdapat pengurangan sedikit iaitu hanya melaksanakan 27,000 saringan kerana sampel-sampel yang dihantar tidak sempat dilaporkan (keputusan) pada hari ini,"  katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, orang ramai hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Kita akan terus mengawasi keadaan dan sekiranya kita kembali semula kepada norma contohnya dan tanpa sebarang pertambahan dalam kes, jadi saya berpendapat bahawa baki itu yang kita mahu capai… tetapi kita perlu pertingkatkan pengawasan di hospital, dalam komuniti bagi kita memastikan tidak terdapat peningkatan mendadak kes walaupun kita telah membuka semula sektor ekonomi, sektor sosial, sektor pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, KKM akan terus mengawasi jangkitan tempatan virus berkenaan bagi memastikan ia terkawal sebelum meneruskan langkah setelanjutnya  yang akan memberi tumpuan kepada sempadan antarabangsa.

Dr Noor Hisham berkata, selain melihat kepada indeks global, Malaysia akan menimbang mengadakan perbincangan mengenai SOP yang dipersetujui dengan negara jiran seperti Singapura, Brunei dan Thailand sebelum menarik semula halangan sempadan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata dua lagi kluster telah ditamatkan pada hari ini iaitu kluster Selangor Mansion dan kluster IPT Sabah, menjadikan 34 kluster ditamatkan secara keseluruhan. 

-- BERNAMA




Untuk maklumat lanjut klik sini

HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2