TM bantu pasang penyaring suhu digital di sekolah



KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Telekom Malaysia Berhad (TM) menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memasang penyelesaian saringan kesihatan digital pintar untuk membantu pihak pentadbiran sekolah menyaring suhu badan pelajar tanpa sentuh dengan pantas dan tepat. 

Dalam kenyataannya hari ini, TM berkata pemasangan penyelesaian dikenali sebagai TM ONE Penyelesaian Analitik Ramalan Saringan Kesihatan atau ‘ONE PASS’ itu bertujuan mengekang penularan COVID-19 susulan pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula esok.

Sehingga kini, ONE PASS telah dipasang di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail di sini serta SMK Presint 16 dan Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya.

"Pemasangan di dua buah sekolah lagi iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di Perak dan Tahfiz Maahad An Noer di Janda Baik, Pahang dijangka siap hujung bulan ini,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut TM,  penyelesaian saringan yang dibangunkan TM Research and Development Sdn Bhd itu  berupaya mengemas kini suhu pada masa nyata dengan ketepatan antara /- 0.3 darjah Celsius sehingga 100 orang seminit dalam jarak satu hingga tiga meter. 

“Penyelesaian digital masa nyata ini merangkumi Sistem Pengurusan Pelawat (VMS), aplikasi pengurusan kakitangan atau pelawat yang dibangunkan secara dalaman bagi penilaian pengisytiharan sendiri dan pemasangan kamera termal dan pengesan bagi pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki sesuatu bangunan atau premis.

“VMS berkeupayaan menyimpan 25,000 profil pengguna dan membenarkan pengesanan jejak di dalam bangunan, bersama dengan Antara muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang membolehkan integrasi mudah dengan enjin analitik ramalan yang lain, Sistem Maklumat Geografik (GIS) pandemik dan sistem pengesanan kontak,” menurut kenyataan itu. 

Penyelesaian tersebut turut disambungkan dengan platform analitik canggih yang membolehkan analisis individu meluas dan pengesanan individu di dalam bangunan yang pantas daripada papan pemuka berpusat yang membolehkan data disepadukan dengan sistem kehadiran sekolah.

Menurut TM, penyelesaian yang disokong teknologi kecerdasan buatan (AI) itu juga membolehkan organisasi bertindak segera sekiranya berlaku potensi risiko kesihatan dan memberi makluman dalam masa nyata kepada pasukan tindakan kecemasan dan pihak berkuasa, sekali gus mampu mengekang penularan baharu.

-- BERNAMA

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2