COVID-19: Lindungi hak dan kesihatan wanita serta gadis - KPWKM

FB KPWKM

KUALA LUMPUR, 11 Julai  -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa semua pihak bersikap lebih prihatin tentang isu dan cabaran kependudukan di negara ini, terutamanya yang melibatkan golongan wanita dan gadis.

Dalam kenyataannya hari ini, KPWKM berkata ini selaras dengan tema Hari Penduduk Sedunia tahun ini ‘Hentikan Penularan COVID-19: Lindungi Hak dan Kesihatan Wanita dan Gadis’ yang memberikan penekanan terhadap perkara itu.

“Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, lebih 70 peratus petugas sektor kesihatan dan sosial adalah golongan  wanita dan penghargaan wajar diberi kepada mereka yang banyak berkorban masa dan tenaga serta bertungkus-lumus di barisan hadapan melawan pandemik COVID-19,” demikian menurut kenyataan itu.    

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan wanita dilindungi, KPWKM telah mewujudkan  talian khas kaunseling COVID-19 untuk memberi sokongan kepada wanita dan orang ramai  yang terkesan dengan penularan wabak itu khususnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada masa yang sama, majikan di negara ini turut disaran memastikan golongan wanita bekerja terus produktif dengan melaksanakan kaedah bekerja dari rumah, membenarkan waktu kerja anjal dan sistem penggiliran jadual kerja di antara suami isteri yang mempunyai anak kecil. 

“Meskipun kaedah itu mencabar, namun dapat membantu ramai wanita yang berkeluarga untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi komunikasi, dan pada masa sama terlindung daripada risiko jangkitan COVID-19,” kata KPWKM. 

Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti dirancang kementerian bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2020 termasuk kajian pendapat umum dalam talian dan webinar pada 27 Julai ini mengenai ‘The Social, Health and Economic Impact of COVID-19 in Malaysia’.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web LPPKN di www.lppkn.gov.my.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018