KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Kumpulan syarikat hartanah dan infrastruktur, Lendlease Malaysia (Lendlease), telah dianugerahkan sijil pengiktirafan Lima Bintang kerana melaksanakan Prinsip pencegahan dalam reka bentuk untuk keselamatan, pada pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Nasional (Minggu OSH).
Pengiktirafan itu, yang disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim pada 9 Julai lepas, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen Lendlease berhubung standard keselamatan dan kesihatan yang tinggi dalam menggunakan pendekatan prinsip yang dirancang untuk mengawal risiko berkaitan industri pembinaan.
Pengarah Urusan Lendlease Malaysia Stuart Mendel berkata syarikat itu juga berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih erat dengan Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam meningkatkan komitmennya untuk negara dalam keselamatan pekerjaan dan kesihatan.
“Keselamatan adalah keutamaan tertinggi Lendlease. Menguruskan insiden dan bebas kecederaan serta memupuk budaya selamat, mendapat komitmen penuh semua pihak di Lendlease. Kami percaya bahawa setiap pekerja kami di semua projek Lendlease mempunyai hak untuk pulang ke rumah, ke pangkuan keluarga dengan selamat pada penghujung hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berlangsung di pejabat projek The Exchange TRX, majlis penganugerahan itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Sumber Manusia A. Maniam, Ketua Pengarah JKKP Ir. Omar Mat Piah, ahli lembaga TRX City Sdn Bhd Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha dan Pengerusi Lendlease Dinesh Nambiar.
Minggu OSH adalah acara yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai dan memfokuskan kepada peningkatan kesedaran terhadap isu keselamatan dan kesihatan semasa, serta membina budaya tempat kerja yang menekankan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja, majikan dan masyarakat umum.
Selain itu, inisiatif kesihatan dan keselamatan The Exchange TRX juga mendapat pengiktirafan tertinggi negara untuk kecemerlangan dalam kategori pembinaan pada Anugerah OSH Nasional 2019 Februari lepas, sebagai menghargai pasukan yang berjaya mencapai 10 juta waktu kerja selamat tanpa sebarang kemalangan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN