Gambar fail
JAKARTA, 22 Julai -- Indonesia mencatatkan 139 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi setakat ini, sejak kes kematian pertama dilaporkan pada 11 Mac.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, kes positif COVID-19 di Indonesia juga berterusan meningkat kepada 91,751 kes iaitu tambahan 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Mengikut data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 4,459 orang manakala sebanyak 44,222 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,496 orang, diikuti Jakarta (751), Jawa Tengah (444), Sulawesi Selatan (287) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 19,903 kes, diikuti Jakarta (17,621 kes) dan selebihnya di 32 wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
By Mohamad Syazwan Mustafa
KUCHING, Nov 29 (Bernama) -- Efforts to eradicate the rabies outbreak, and promote awareness about rabies elimination in Southeast Asia to support STOP Rabies, are among the main focuses highlighted in the white paper launched by Boehringer Ingelheim, at the Federation of Asian Veterinary Associations (FAVA) Congress 2023, in Kuching, Sarawak, on Nov 4.
read more ››Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.