COVID-19: Empat Kluster Baharu, Kes Aktif Meningkat 196

Elakkan membawa ahli keluarga berkunjung ke kawasan awam yang sesak demi keselamatan mereka.

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Ogos hingga pukul 7:30 mlm 14 Ogos.

Jumlah kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 9,000 sementara di peringkat global, kes wabak ini mengatasi 20 juta dengan lebih 700,000 kematian. Lebih 14 juta orang pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke lebih 200 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes baharu COVID-19 sepanjang rangkuman mingguan ini banyak melibatkan kes import iaitu kes jangkitan di luar negara di samping empat kluster baharu iaitu Kurau (Pulau Pinang), Meranti (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Tawar (Kedah) dan terkini Muda (Kedah).

Daripada 20 kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12.00 tengah hari Jumaat 14 Ogos, 13 kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia, iaitu Kluster Tawar Kedah (10 kes), Kluster Tawar Pulau Pinang (1 kes), Kluster Muda Kedah (1 kes) dan satu kes SARI (Jangkitan Pernafasan Akut Teruk).

Tujuh lagi adalah kes import (jangkitan di luar negara) , iaitu enam (6) melibatkan warganegara pulang dari Lubnan (3 kes), masing-masing satu dari Taiwan , Indonesia dan Yaman, sementara seorang bukan warganegara di Sarawak yang pulang dari Yaman.


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia (WHO) dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia.

pic-2

Dengan 20 kes baharu ini, kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 9,149  kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kekal tiga angka, iaitu 196 kes.

Tujuh pesakit COVID-19 pulih pada Jumaat 14 Ogos, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 8,828 kes ( 96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Terdapat empat (4) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan setakat Jumaat 14 Ogos. Dengan itu, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Untuk rekod, kes positif COVID-19 sepanjang rangkuman mingguan ini selain Jumaat 14 Ogos adalah seperti berikut:-

Daripada 15 kes baharu pada Khamis, empat (4) adalah import; daripada 11 kes baharu pada Rabu 12 Ogos, lapan (8) kes import; daripada sembilan (9) kes baharu pada Selasa 11 Ogos, lima (5) adalah kes import; daripada 11 kes baharu pada Isnin 10 Ogos, lima (5) kes import; daripada 13 kes baharu pada Ahad 9 Ogos, sembilan (9) adalah kes import dan daripada tujuh (7) kes baharu pada Sabtu 8 Ogos, enam (6) adalah kes import.

 

KLUSTER BAHARU

Kluster Muda dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah dengan kes pertama (kes ke-9114) adalah lelaki warganegara Malaysia - seorang anggota polis. Sehingga 14 Ogos 2020, dua (2) kes dikesan positif dan 117 masih menunggu keputusan.

Kluster Tawar yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis 13 Ogos, melibatkan 10 kes positif.

Kes pertama kluster ini, seorang peniaga lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos., dianggarkan dihadiri seramai 30 orang.

Pada Selasa 9 Ogos, KKM mengumumkan dua kluster baharu iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti. Sehingga pukul 12 tengah hari 11 Ogos, untuk Kluster Kurau, saringan dijalankan ke atas 180 orang dari Perak dan Pulau Pinang. Kes positif COVID-19 kluster ini setakat ini kekal lima (5). Selebihnya, 123 individu negatif sementara 52 individu lain masih menunggu keputusan.

Untuk Kluster Meranti, ia mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Setakat 9 Ogos, 15 individu disaring dan kes positif, dua (2).

pic-4


Emmanuel Macron, Presiden Perancis. -- Gambar ihsan Tobias Hase/dpa

Mengenai perkembangan Kluster PUI (Pesakit Bawah Siasatan) Sivagangga, sehingga pukul 12 tengah hari 11 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 5,645 orang disaring. Tiada kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, dengan demikian kes positif COVID-19 kekal 45. 

Kes indeks kluster ini adalah pemastautin tetap yang kembali dari India pada 13 Julai dan beliau (pemilik kedai makan) di Kedah, pernah tular dalam media sosial kerana melanggar peraturan kuarantin.

Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kedah itu pada Khamis 13 Ogos dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

 

WHO DAN SITUASI GLOBAL

"Minggu ini angka kes COVID-19 akan mencecah 20 juta (sehingga 10 Ogos) dengan 750,000 kematian. Di sebalik perangkaan ini, terlalu banyak penderitaan dan kesedihan. Setiap nyawa yang terkorban sangat tinggi nilainya. 

"Namun begitu masih ada harapan. Walau di mana juga penyakit COVID-19 ini merebak, belum terlewat untuk bertindak bagi membanteras pandemik ini," demikian Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam taklimat media dari Geneva, Switzerland pada 10 Ogos lepas.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa ada dua elemen penting untuk memastikan keberkesanan langkah melawan COVID-19 iaitu pemimpin perlu meningkatkan tindakan sementara rakyat pula mesti mengamalkan normal baharu kehidupan.

Menurut beliau, banyak negara di seluruh dunia melaksanakan semua langkah yang perlu bagi menangani ledakan kes baharu COVID-19 dengan memberi contoh United Kingdom di mana Perdana Menteri Boris Johnson mengenakan langkah berkurung untuk kawasan di utara England.

pic-3

Di Perancis, Presiden Macron menguatkuasakan pemakaian pelitup muka di kawasan sibuk Paris sementara di New Zealand, menurut berita terbaharu, bandar Auckland dengan 1.5 juta penduduki yang dikenakan perintah berkurung selama tiga hari mulai Rabu 12 Ogos, akan terus dikenakan perintah berkenaan selama 12 hari lagi.

 Sejak empat (4)  kes baharu COVID-19 dilaporkan pada 11 Ogos, setakat Jumaat 14 Ogos, satu kluster 30 kes dikesan. Negara itu sebelum ini melaporkan 102 hari bebas tanpa kes baharu.

 

STATISTIK GLOBAL COVID1-19


Seorang warga emas berada berhampiran halangan laluan kenderaan di depan rumahnya di kampung Kuala Sanglang, Kedah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, menurut perangkaan CoronaTracker (mengambil sumber pelbagai agensi termasuk WHO), jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia, setakat ini sudah mencecah 21,092,417 kes (rangkuman minggu lalu 19,282,031 kes) dan 757,738 kematian (718,074 kematian minggu lalu).  Jumlah pesakit sembuh ialah 13,944,529 orang (minggu lalu 12,377,151 orang).

Amerika Syarikat masih di tempat teratas dalam senarai negara yang dilanda wabak COVID-19 dengan 5,415,977 kes (minggu lalu 5,032,561 kes) dan 170,419 kematian (minggu lalu 162,805 kematian). Kes positif COVID-19 mula dikesan di negara itu pada 20 Jan.

Jumlah kes COVID-19 turut meningkat di Brazil yang kekal di tangga kedua iaitu 3,229,621 kes (minggu lalu 2,917,562  kes) dengan 105,564 kematian (minggu lalu 98,644 kematian). 

Tempat ketiga, India, 2,464,316 kes (minggu lalu 2,030,001 kes) dengan 48,177 kematian (minggu lalu 41,673 kematian), sementara Rusia merekod 912,823 kes (minggu lalu 877,135 kes) dengan 15,498 kematian (minggu lalu 14,725 kematian).

Di samping empat negara di atas, terdapat 22 buah negara (minggu lalu 21 buah negara) yang mencatat lebih 100,000 kes COVID-19, seperti berikut:-

Afrika Selatan 72,865 kes (11,270 kematian), Peru 507,996 kes (25,648 kematian), Mexico 505,751 kes (55,293 kematian), Colombia 433,805 kes (14,145 kematian), Chile 380,034 kes (10,299 kematian), Sepanyol 355,856 kes (28,605 kematian), Iran 336,324 kes (19,162 kematian), United Kingdom 313,798 kes (41,347 kematian), Arab Saudi 294,519 kes (3,303 kematian), Pakistan 287,300 kes (6,153 kematian), Argentina 276,072 kes (5,362 kematian), Bangladesh 269,115 kes (3,557 kematian), Itali 252,235 kes (35,231 kematian), Turki 245,635 kes (5,912 kematian), Jerman 222,269 kes (9,281 kematian), Perancis 209,365 kes (30,388 kematian), Iraq 164,277 kes (5,641 kematian), Filipina 153,660 kes (2,442 kematian), Indonesia 135,123 kes (6,021 kematian), Kanada 121,234 kes (9,015 kematian), Qatar 114,281 kes (190 kematian) dan Kazakhstan 101,848 kes (1,269 kematian).

Sementara China di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat ke-32 dengan 84,786 kes (minggu lalu 84,565 kes) dan angka kematian  kekal 4,634 (tidak berubah daripada minggu-minggu sebelumnya).

Dalam kalangan negara-negara jiran Malaysia di Asia Tenggara, Filipina dan Indonesia menyertai senarai negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Filipina 153,660 kes (minggu lalu 122,754 kes) dengan 2,442 kematian (minggu lalu 2,168 kematian) sementara Indonesia mencatat 135,123 kes (minggu lalu 121,226 kes) dengan 6,021 kematian (minggu lalu 5,593 kematian).

Singapura pula merekodkan 55,580 kes (minggu lalu 54,797 kes), dan angka kematian kekal 27). Ini diikuti oleh Thailand dengan 3,376 kes (minggu lalu 3,345 kes) dan) dan angka kematian kekal 58.

Kes COVID-19 di Vietnam meningkat kepada 911 kes (minggu lalu 750 kes) dengan angka kematian 21  (minggu lalu 10 kematian). 

Myanmar turut merekod kenaikan kepada 369 kes (minggu lalu 359 kes) dengan angka kematian kekal 6. Sementara itu, tiada perubahan kes COVID-19 di Brunei 141 kes (2 kematian) dan Laos kekal 20 kes dan sifar kematian.

---------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.  

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

 

BERNAMA



 




Untuk maklumat lanjut klik sini

HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1