Gambar Facebook UPM
KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Universiti Putra Malaysia (UPM) dan PNT Research Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian kerjasama untuk menghasilkan produk antioksidan diekstrak daripada mikro alga yang dapat membantu meningkatkan sistem imun pengguna, mengurangkan risiko penyakit kronik dan penuaan.
Pengarah Urusan PNT Research Lee Bin Hao berkata produk berasaskan mikro alga yang akan dihasilkan melalui kerjasama tersebut diharap dapat memasuki pasaran menjelang suku pertama tahun depan.
“Produk seperti itu bukan untuk pasaran Malaysia tetapi untuk pasaran serantau dan global. Sebagai permulaan, produk mikro alga akan dihasilkan dalam bentuk suplemen oral dan diikuti pengeluaran produk kesihatan pada peringkat akhir kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama penyelidikan antara UPM dan PNT Research di sini hari ini.
Ketua Pusat Penyelidikan Biopemprosesan dan Biopenghasilan UPM Prof Dr Arbakariya Ariff berkata penuntut lepasan ijazah dan mahasiswa sudah memulakan penyelidikan mikro alga sejak awal tahun ini.
“Penyelidikan UPM akan menyelidik dan melakukan analisis lanjutan untuk melihat sama ada produk mikro alga dari Sepanyol yang disahkan halal dapat memberi manfaat untuk masalah kesihatan yang lain,” katanya.
PNT Research adalah anak syarikat Vii Biohealth Sciences, sebuah konglomerat bioteknologi beribu pejabat di Madrid, Sepanyol yang mempunyai kerjasama strategik dengan Fitoplancton Marino, syarikat bioteknologi laut dari Sepanyol, serta syarikat penyelidikan kolagen dari Jerman, Gelita dan penyedia perkhidmatan pengembangan pasaran Asia, DKSH.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN