GEORGE TOWN, 4 Jan -- Kira-kira 100 klinik swasta di bawah Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS) sedia menawarkan khidmat suntikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada penduduk di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan negeri dan PMPS mencapai kesepakatan tersebut sebagai persediaan awal untuk meningkatkan kapasiti dan mempercepatkan pemberian vaksin, selepas ia dijangka tiba di Malaysia Februari, nanti.
Katanya dos vaksin tersebut akan diagihkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada setiap negeri, seterusnya dibahagikan kepada hospital dan klinik-klinik kerajaan dan swasta yang dipilih untuk memberikan suntikan kepada rakyat Pulau Pinang.
"Setakat ini, terdapat 100 klinik swasta bersetuju untuk memberikan vaksinasi secara percuma kepada seluruh penduduk Pulau Pinang. Saya difahamkan 50 klinik di Seberang Perai serta 50 klinik di bahagian pulau setuju untuk membantu KKM meningkatkan kapasiti proses vaksinasi.
"Kita melihat isu sama ada klinik yang sedia ada mampu untuk tampung kapasiti dengan begitu ramai. Apa yang akan berlaku apabila vaksin sampai kelak? Kita ada 1.8 juta penduduk yang perlu divaksin, cuba anda bayangkan bagaimana keadaanya kelak?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan vaksin COVID-19 dijangka tiba di Malaysia pada Februari nanti dan ia dijamin selamat kerana sudah diuji secara klinikal kepada puluhan ribu orang sebelum ini.
Mengenai soal kapasiti, Jagdeep berkata Kerajaan Pusat perlu meningkatkan bilangan klinik panel yang membuat saringan COVID-19 terhadap pekerja asing kerana dikhuatiri wabak COVID-19 akan terus menular dengan cepat.
Katanya, baru-baru ini Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendedahkan bahawa hanya 8.5 peratus pekerja asing di negara telah disaring dan menyifatkan angka itu sebagai terlalu kecil.
"Setakat ini, kerajaan membenarkan 3,000 saringan dalam sehari di setiap negeri..bagi saya kapasiti boleh ditingkatkan supaya kita boleh buat saringan dan ambil tindakan dengan cepat," katanya.
Tambahnya, di Pulau Pinang, hanya terdapat 51 klinik panel yang dibenar menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap sejumlah 180,000 pekerja asing yang ada di negeri ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN