COVID-19: Malaysia kembali catat lebih 2,000 kes positif baharu - KP Kesihatan



KUALA LUMPUR, 5 Jan -- Malaysia kembali merekodkan lebih 2,000 kes harian baharu COVID-19 dengan 2,027 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 122,845 kes.

Sebelum ini, Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 bawah 2,000 kes iaitu sekitar 1,700 kes selama dua hari berturut-turut. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,011 kes. 

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 22,887 kes. Sehingga kini, terdapat 123 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 52 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sebanyak lapan kes kematian COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus daripada keseluruhan kes. 

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes diikuti Johor dengan 428 kes dan Sabah sebanyak 383 kes. 



Kes sembuh COVID-19 pada hari ini pula adalah sebanyak 1,221 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia sebanyak 99,449 kes atau 81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

-- BERNAMA


 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Vivantis Technologies Elevates COVID-19 Testing Capacity In Malaysia

By Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.

In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.

Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1