Pharmaniaga dijangka jadi pengedar utama vaksin COVID-19 - AmInvest



KUALA LUMPUR, 6 Jan -- AmInvestment Bank Bhd (AmInvest) percaya Pharmaniaga Bhd akan menjadi pengedar utama vaksin COVID-19 kepada hospital tempatan, dan akan melantik syarikat lain untuk membantu mengedarkan vaksin tersebut ke seluruh negara.

“Dalam perkara ini, kami percaya Apex Healthcare Bhd akan mendapat manfaat berikutan rangkaian pengedarannya yang kukuh dan rekod prestasinya yang cemerlang sebelum ini dalam pengedaran vaksin dan produk farmaseutikal yang lain,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dari segi syarikat pembotolan, AmInvest berkata walaupun perjanjian mengenai proses pembotolan vaksin COVID-19 belum direalisasikan, kerajaan dilihat memilih Duopharma Biotech Bhd dan Pharmaniaga untuk menjalankan proses ini. 

Setakat ini, Pharmaniaga telah menandatangani perjanjian dengan Serum Institute of India Pte Ltd untuk menjalankan proses pembotolan bagi vaksin pneumokokal, katanya.

Bank pelaburan itu turut percaya KPJ Healthcare Bhd dan IHH Healthcare Bhd, serta penyedia penjagaan kesihatan swasta yang lain akan memainkan peranan dalam program vaksinasi. 

“Kami berpendapat hospital dan klinik swasta akan membantu dalam program vaksinasi COVID-19 Malaysia berikutan kemudahan rangkaian sejuk, had logistik dan tenaga kerja dalam sektor awam.

“Kami turut berpendapat penyedia penjagaan kesihatan swasta akan menerima bayaran tetap daripada kerajaan untuk perkhidmatan mereka, walaupun kami meragui margin keuntungan operasi akan tinggi berikutan ini adalah perkhidmatan nasional,” katanya.

Walaupun mengetahui bahawa vaksin COVID-19 akan digunakan hanya selepas ia mendapat kelulusan Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (NPRA), bank pelaburan itu percaya kumpulan pertama vaksin akan diberikan pada suku kedua atau suku ketiga 2021. 

“NPRA bertanggungjawab memastikan semua produk dinilai dan diuji dengan baik sebelum didaftarkan untuk pasaran Malaysia. 

“Berdasarkan keperluan kepada kadar segera, penilaian keutamaan kemungkinan besar akan digunakan untuk kelulusan yang lebih cepat bagi vaksin COVID-19,” katanya. 

Secara keseluruhannya, bank pelaburan itu mengekalkan saranan “overweight” ke atas sektor penjagaan kesihatan Malaysia.

“Walaupun pemulihan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan hanya dijangka sederhana dalam unjuran 2021, prospek pendapatan untuk sektor tersebut adalah positif. 

“Ini berdasarkan potensi kerjasama awam-swasta, margin yang lebih baik berikutan langkah pengurangan kos dan tumpuan kepada perbelanjaan modal yang rendah,” katanya.

Dalam jangka masa panjang, AmInvest menjangka pemulihan dalam pelancongan perubatan, kesedaran mengenai kesihatan awam yang lebih baik dan penduduk yang semakin berusia akan memacu tahap pertumbuhan yang seterusnya dalam sektor penjagaan kesihatan. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Vivantis Technologies Elevates COVID-19 Testing Capacity In Malaysia

By Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.

In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.

Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1