Penduduk Kelantan digesa jadikan pelitup muka pakaian asas harian

Dr Izani Husin (Gambar FB)

KOTA BHARU, 6 Jan -- Penduduk di Kelantan digesa menjadikan pemakaian pelitup muka serta penggunaan cecair pensanitasi tangan sebagai “pakaian asas harian” bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin meningkat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sudah melaksanakan sebaik-baik langkah untuk mengawal penularan jangkitan dan tanggungjawab seterusnya terletak pada masyarakat, termasuk memastikan penjarakan fizikal. 

"Nasihat saya ialah patuhi SOP. Kalau kita boleh memperketatkan prosedur operasi standard (SOP)  pada diri sendiri, saya pohon kepada rakyat supaya bekerjasama sungguh-sungguh dan mematuhinya sedaya upaya yang boleh.

"Paling penting, keluar bila perlu sahaja, dengan kata lain musuh berada di luar... apabila COVID-19 sudah berada dalam masyarakat, SOP adalah satu-satunya yang kita kena pertingkatkan selain imuniti diri iaitu biar tubuh gagah untuk melawan kuman COVID-19," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya beliau yakin kes di Kelantan dapat menurun dalam tempoh sebulan jika masyarakat mematuhi SOP.

Setakat semalam, sebanyak 42 kes baharu dilaporkan di Kelantan menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negeri itu sebanyak 976 kes.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2