Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Supercomnet Technologies Bhd (SCOMNET) akan diklasifikasikan semula di bawah sektor penjagaan kesihatan mulai 11 Januari, 2021.
Ia kini berada di bawah sektor produk perindustrian dan perkhidmatan.
Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa subsektor untuk SCOMNET juga akan diklasifikasikan daripada perindustrian, bahan, komponen dan peralatan kepada peralatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan atas permintaan syarikat.
"Klasifikasi sektor dan subsektor untuk SCOMNET telah dikemas kini berdasarkan kriteria yang memgambil kira antara lain, perubahan aktiviti perniagaan bagi syarikat dan sumbangan aktiviti perniagaan teras kepada hasil kewangan syarikat," katanya.
Nombor stok dan nama pendek stok untuk sekuriti SCOMNET kekal tidak berubah, katanya.
-- BERNAMA
By Nadia Jumri
KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.
In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.
Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.
read more ››Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.