COVID-19: Thailand tingkatkan pengesanan kes aktif



BANGKOK, 6 Jan -- Thailand meningkatkan pengesanan kes aktif (ACD) di Samut Sakhon di mana penularan semasa bermula sebagai satu gelombang baharu, yang menyumbang kepada kes baharu harian tiga digit di negara itu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) Thaweeslip Wissanuyothin berkata,  pihak berkuasa kesihatan awam akan melakukan 15 ke 20 ACD di pelbagai lokasi termasuk kilang, pasar dan juga rumah pangsa dan apartment setiap hari.

“Kira-kira 1,000 orang termasuk pekerja asing dan pekerja kilang akan menjalani pengesanan kes aktif COVID-19 setiap hari di Samut Sakhon,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu Thailand mencatatkan 365 kes COVID-19 baharu dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di negara itu 9,311 kes dan 66 kematian.

Kes kematian melibatkan seorang lelaki warga Thai berusia 63 tahun yang merupakan seorang pemandu feri yang membawa pekerja asing di Samut Sakhon. Lelaki itu meninggal dunia tengah hari Selasa akibat kegagalan pelbagai organ dalaman.

Daripada 365 kes baru, 349 merupakan jangkitan tempatan dan 16 kes import.

Sementara itu Thaweesilp berkata, Thailand tidak akan mengenakan sekatan perjalanan dari United Kingdom, walaupun terdapat kekuatiran mengenai varian baru COVID-19.

“Tiada keperluan tambahan dikenakan kepada penumpang daripada United Kingdom, kerana Thailand telahpun mengenakan proses saringan yang ketat dan mewajibkan kuarantin 14 hari kepada semua pengembara daripada luar negara,” katanya.

Thailand pada Ahad telah mengesan kes berkaitan varian COVID-19 yang cepat merebak dipanggil B.1.1.7. pada satu keluarga empat orang, yang tiba daripada United Kingdom.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Vivantis Technologies Elevates COVID-19 Testing Capacity In Malaysia

By Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.

In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.

Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1