Unit Bintai Kinden meterai MoU bekalkan peti sejuk beku untuk simpan vaksin COVID-19



KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Unit kepada Bintai Kinden Corporation Bhd iaitu Healthcare Sdn Bhd telah memeterai perjanjian pertamanya untuk membekalkan Greenie Medi Cold Chain Box (peti sejuk beku) yang direka untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin COVID-19 di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Bintai Kinden berkata syarikat hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membekalkan peti sejuk beku perubatan itu kepada SRTEON Security Services Sdn Bhd (SRT-EON).

Pengarah Urusan Bintai Kinden Ong Choon Lui berkata produk itu direka untuk kegunaan eksklusif mengangkut dan menyimpan produk perubatan pada suhu yang sangat rendah, dan ia mengekalkan suhu pada negatif 70 darjah Celsius sehingga 120 jam.

Bintai Healthcare juga telah dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk Greenie Medi Cold Chain Box yang direka untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin COVID-19 di Arab Saudi dan Filipina.  

Untuk rekod, Bintai Healthcare dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk Greenie Medi Cold Chain Box di Malaysia pada bulan lepas.

Pada masa yang sama, ia juga dilantik sebagai pengedar sah produk tersebut di Brunei, Myanmar, Kemboja, Timor-Leste, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Bintai Kinden berkata kedua-dua perjanjian itu tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara terhadap modal saham terbitan dan berbayar Bintai Kinden, tetapi dijangka memberi sumbangan secara positif terhadap pendapatan masa depan kumpulan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2