KUALA LUMPUR, 2 Feb -- World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sedia menawarkan fasiliti dan perkhidmatannya sebagai pusat vaksinasi dalam usaha menyokong kerajaan untuk memvaksin 70 peratus penduduk di negara ini.
Pengarah Eksekutifnya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata keputusan untuk menyediakan ruang dewan itu selari dengan rancangan vaksinasi nasional yang dijadualkan bermula bulan ini.
Beliau berkata WTCKL yang sebelum ini dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC) berkapasiti seluas 13,456 meter persegi merangkumi lima dewan dan 19 bilik serba guna, yang mencukupi untuk membantu proses vaksinasi serta pemulihan kesihatan awam..
Menurutnya, WTCKL merupakan sebuah lokasi yang sangat strategik untuk dijadikan pusat vaksinasi kerana ia menawarkan ruang yang luas dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, laluan masuk yang berbeza dan mempunyai ruang menunggu serta zon vaksinasi.
“Kami bermatlamat untuk membantu mengurangkan bebanan kemudahan kesihatan awam dan membantu memastikan proses pemulihan ini berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, inisiatif itu juga diharap dapat membantu pusat kesihatan mengurangkan kos perbelanjaan operasi dan bebanan logistik mereka dengan menawarkan penggunaan ruangan di WTCKL sebagai tempat penyimpanan vaksin, peralatan kesihatan dan bekalan perubatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN