Majlis Perabot Malaysia cadang inisiatif tangani COVID-19



KUALA LUMPUR, 4 Feb -- Majlis Perabot Malaysia (MFC) mencadangkan beberapa langkah untuk menangani peningkatan kes COVID-19 dalam industri pembuatan perabot termasuk memperkenalkan “gelembung kerja” di kilang dan menempatkan warden dan unit peronda di penginapan pekerja.

MFC dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah menghantar cadangan tersebut yang mengandungi inisiatif kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi II, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng bagi membincangkan mengenai peningkatan kes COVID-19 dalam industri perabot.

Semasa pertemuan itu, susulan daripada pertemuan antara wakil MFC dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali pada 30 Januari lepas, Wee mencadangkan supaya industri itu menanggung kos vaksinasi sekiranya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menggesa anggota industri untuk melakukan ujian calitan COVID-19 terhadap pekerja mereka pada akhir bulan dengan subsidi dan faedah yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

Mengenai inisiatif yang dicadangkan, MFC berkata ia termasuk memiliki "gelembung kerja" di kilang, ia memerlukan setiap pekerja akan diasingkan kepada zon khusus dilengkapi kemudahan bagi mencegah kesesakan, mengambil suhu badan pekerja dua kali sehari serta melakukan kerja-kerja nyahkuman dan kemudahan lain.

Selain itu, MFC juga berkata bahawa industri itu akan menggunakan warden untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan menubuhkan unit peronda untuk mengelakkan orang yang tidak dikenali memasuki kawasan asrama kilang tanpa kebenaran.

"Kami juga sedang mengkaji untuk bekerjasama dengan pemaju untuk membina unit penginapan berpusat seperti dilakukan di Singapura," katanya.

Presiden MFC, Khoo Yeow Chong berkata MFC telah membuat beberapa poster dalam pelbagai bahasa yang mudah difahami untuk mendidik pekerja asing mengenai pematuhan ketat terhadap SOP ditetapkan KKM.

Mengenai klinik bergerak, beliau berkata industri tersebut berusaha akan bekerjasama dengan kerajaan, hospital dan klinik untuk menjadikan dewan serbaguna sebagai pusat kuarantin COVID-19.

Beberapa syarikat besar telah menubuhkan pusat kuarantin mereka sendiri sebelum tindakan selanjutnya diambil oleh petugas kesihatan.

-- BERNAMA

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018