COVID-19: Di Sebalik Ledakan Pandemik, Kini Ada Sinar Harapan Untuk Rakyat Malaysia

Vaksin keluaran Biontech and Pfizer. -- Gambar ihsan dpa/ dpa-tmn/ Sven Hoppe

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 30 Jan hingga pukul 8:30mlm 5 Feb 2021.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia melebihi 230 ribu. Di peringkat global, hampir 105 juta  kes dilaporkan dengan lebih 2.2 juta kematian. Lebih 77 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setelah dikejutkan dengan kes harian baharu COVID-19 melebihi lima ribu tiga hari berturut-turut, perkembangan kes koronavirus maut di Malaysia sedikit melegakan kerana angka kes harian yang menurun sedikit dan diimbangi dengan kes sembuh yang agak tinggi.

Hari ini Jumaat, 5 Februari, jumlah kes positif baharu direkod sebanyak 3,391 sementara kes sembuh pula, 3,392. Jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini sebanyak 185,278 atau 78.9 peratus.

Pada Isnin 1 Februari, negara mencatat kes sembuh sebanyak 4,280 berbanding kes baharu sebanyak 4,214.


Pemilik Mine Aura Salon di Sungai Buloh memastikan peralatan yang digunakan bersih sebelum memotong rambut pelanggannya. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang rangkuman mingguan (30 Jan-5 Feb) adalah 5,728 kes (30 Jan), 5,298 kes (31 Jan), 4,214 kes (1 Feb), 3,455 kes (2 Feb), 4,284 kes (3 Feb), 4,571 (4 Feb) dan 3,391 (5 Feb). Ini menjadikan jumlah kes harian baharu sepanjang tempoh ini sebanyak 30,941 kes.

Sementara kes sembuh sepanjang 30 Jan - 4 Feb adalah  3,805 kes (30 Jan), 4,522  kes (31 Jan), 4,280 kes (1 Feb), 3,661 kes (2 Feb), 3,804 kes (3 Feb), 4,092 kes (4 Feb) dan 3,392 kes (5 Feb). Jumlah kes sembuh sepanjang tempoh ini adalah sebanyak 27,556 kes.

Malaysia mula mencatat kes baharu angka lima ribu pada Jumaat 29 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,725 kes.

pic-2

Berita yang mungkin menambah lagi kelegaan dan memberi harapan kepada rakyat negara ini adalah pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas ke seluruh negara petang semalam (Khamis 4 Februari) antaranya mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata sejumlah 26.5 juta (80 peratus) populasi Malaysia akan menerima vaksin COVID-19 dan ia diberikan percuma kepada rakyat Malaysia.

Terdapat tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan barisan hadapan (pertugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan) bermula Mac depan sehingga April 2021.

Fasa kedua pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Dianggarkan seramai 9.4 juta akan menerima vaksin di bawah fasa kedua bermula April hingga Ogos 2021.

Fasa ketiga pula yang dijadualkan bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa Jangkitan COVID-19 di Malaysia pada Jumaat 5 Februari berkata, daripada 3,391 kes baharu, sebanyak 3,387 adalah kes tempatan dan empat (4) kes import.

Untuk kes tempatan, sebanyak 2,439 kes (72.0 peratus) melibatkan warganegara sementara 948 kes (28.0 peratus) bukan warganegara.

Sehingga hari ini ini (5 Februari), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 48,751 kes, dan jumlah kes kumulatif pula sebanyak 234,874 kes.

pic-4

Malaysia kini berada di tangga 49 (rangkuman mingguan 23 Jan-29 Jan di tangga 55) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19, melangkau Croatia (234,702 kes). Di hadapan Malaysia adalah Equador (253,339 kes) dan Belarus (255,172 kes).

Negara China yang melaporkan kes awal koronavirus maut ini pada penghujung tahun 2019, di tangga 83 dengan 89,669 kes, sementara negara jiran Singapura di tangga 93 dengan 59,649 kes.


Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkemaskan peralatan perlindungan diri (PPE) masing-masing sebelum melakukan saringan COVID-19 ke atas penduduk tempatan di Wisma Belia, Kuantan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia masih berada di bawah Pengisytiharan Darurat bermula 12 Januari sehingga bulan Ogos 2021 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang kini meliputi seluruh negara kecuali Sarawak.

PKP2.0 yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari, kini disambung sehingga 18 Februari 2021 untuk semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak.

 

BEBAN KLUSTER TEMPAT KERJA

pic-3

Sehingga Jumaat 5 Februari 2021, KKM mengumumkan sebanyak 876 kluster direkod di seluruh negara termasuk 15 kluster baharu dan 12 daripadanya Kluster Tempat Kerja (KTK). Sebanyak 442 kluster daripada 861 kluster, diisytihar tamat.

Sebanyak 434 kluster lagi masih aktif dan dipantau dan 88 kluster daripadanya mencatat pertambahan kes baharu. Tiga kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Rumbia Dua (133 kes), Kluster Sri Sengkang (112 kes), dan Kluster Industri Serkam (96 kes).

Untuk rekod, jumlah kluster baharu sepanjang 30 Jan-4 Feb adalah 16 (30 Jan), 10 (31 Jan), 14 (1 Feb), 7 (2 Feb), 13 (3 Feb), 10 (4 Feb) dan 15 (5 Feb).

Daripada 85 kluster yang direkod sepanjang tempoh ini, 65 kluster atau 76.4 peratus adalah KTK.

Kemunculan KTK boleh dikaitkan dengan program saringan yang dijalankan ke atas pekerja asing khususnya warga asing di kilang dan tapak binaan, yang bermula sejak 1 Disember 2020.

Antara KTK yang merekod kes positif COVID-19 yang tinggi adalah pada 30 Januari 2021 adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes) melibatkan daerah Sepang. Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor. Ini hasil saringan bermula 7 Disember, melibatkan dua (2) buah kilang. Sehingga 4 Februari, Kluster ini merekodkan sebanyak 1,092 kes.

Ada beberapa lagi KTK yang dilaporkan KKM iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Puchong (322 kes) pada 1 Februari, Kluster Tapak Bina Jalan Cheras (332 kes), Kluster Tapak Bina Muda (534 kes) pada 3 Februari dan Kluster Persiaran Perkilangan (362 kes) pada 4 Februari.

Kluster Tapak Bina Muda, pertama kali diumumkan oleh KKM pada 4 Disember 2020 dan melibatkan daerah Titiwangsa, Lembah Pantai dan Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sehingga 4 Februari dilaporkan mencatat sebanyak 2,169 kes 

Kluster Jalan Rumbia Dua (KTK) yang diumumkan pada 5 Februari melibatkan daerah Johor Bahru, hasil saringan bersasar kilang. Setakat 5 Februari, 133 kes dikesan positif COVID-19.

Satu lagi KTK, Kluster Sri Sengkang iaitu di daerah Kulai, Johor, juga hasil sarangan bersasar sebuah kilang dan sehingga 5 Februari, sebanyak 126 kes daripada 694 individu yang disaring, dilaporkan positif COVID-19.


Seorang anggota polis di UTC Ipoh memberi makanan kepada kucing jalanan yang terbiar sebagai tanggungjawab sosial beliau. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

pic-5

Menurut perincian 3,391 kes positif COVID-19 pada Jumaat, 5 Februari, Selangor masih menyumbang kes harian baharu tertinggi sebanyak 1,228 kes termasuk lima kluster baharu, iaitu Kluster Jalan Mokhtar, Kluster  Bandar Teknologi, Kluster Jalan Enam Belas, Kluster Persiaran Jaya, dan Kluster Jalan Lima. Terdapat dua (2) kes import.

Johor 598 kes dan dua kluster baharu, Kluster Jalan Rumbia Dua dan Kluster Sri Sengkang; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 395 kes dan satu kluster baharu, Kluster Jalan Jubilee; Sabah 196 kes; Sarawak 178 kes dan satu kluster baharu, Kluster Jun Heng; Pulau Pinang 149 kes dan satu kluster baharu, Kluster Tapak Bina Jalan Valdor.

Melaka 141 kes; Negeri Sembilan 116 kes dan satu kluster baharu, Kluster Industri TTJ; Perak 92 kes; Kedah 91 kes; Terengganu 84 kes dan satu kluster baharu, Kluster Santong Paka; Kelantan 58 kes; Pahang 51 kes dan tiga kluster baharu, Kluster Taman Murni, Kluster Hikmah Muadzam dan Kluster Industri Bentong Sebelas.

Wilayah Persekutuan Labuan tujuh (7) kesWilayah Persekutuan Putrajaya enam (6) kes dan Perlis, satu (1) kes.

Sehingga Jumaat 5 Februari  2021, sebanyak 3,392 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 185,278 kes (78.9 peratus).

Sementara itu, seramai 310 pesakit COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 134 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan. Pada 2 Februari, kes tertinggi 327 dirawat di ICU dan 145 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

pic-6


Masyarakat diminta menyemak dahulu kesahihan sesuatu maklumat yang diterima di media sosial bagi mengelak penyebaran berita palsu dan maklumat tidak tepat. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 19 kes kematian dilaporkan hari ini (5 Februari), menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 845 kes (0.36 peratus). Kes pesakit paling tua dilaporkan hari ini berusia 95 tahun dengan latar belakang penyakit tuberkulosis dan beliau meninggal dunia di Hoispital Sibu, Sarawak.

Kes kematian paling muda dilaporkan semalam (4 Feb) adalah seorang bayi berusia empat (4) bulan di Hospital Tawau, Sabah dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

Malaysia mencatat jumlah kes kematian tertinggi pada 2 Feb iaitu 21 kes, melibatkan 12 kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, masing-masing dua (2) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu (1) kes di Kedah.

Kebanyakan kes pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 seperti dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai komplikasi kesihatan, sebahagian besarnya strok, darah tinggi, buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung. 

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman adalah 13 kes (30 Jan), 14 kes (31 Jan), 10 kes (1 Feb), 21 kes (2 Feb), 18 kes (3 Feb), 17 kes (4 Feb) dan 19 kes (5 Feb).

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam perkongsian dalam Facebook peribadinya hari ini berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 4 Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 1.09.

Tiga negeri mencatat Ro/Rt tertinggi ialah Selangor dan Johor mencatat Ro/Rt, masing-masing 1.15 diikuti Sarawak 1.10.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

pic-7

Jumlah kes COVID-19 global terkini sebanyak 105,502,306 kes (minggu lalu 102,132,746 kes) dengan 2,296,454 kes kematian (minggu lalu 2,202,990 kematian). Jumlah pesakit sembuh 77,344,628 kes (minggu lalu 73,987,320).  

Terdapat 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Turki dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 27,273,890 kes (466,988 kematian), India 10,803,533 kes (154,862 kematian),  Brazil 9,397,769 kes (228,883 kematian), Rusia 3,934,606 kes (75,732 kematian),  United Kingdom 3,892,459 kes (110,250 kematian), Perancis 3,274,608 kes (77,952 kematian), Sepanyol 2,943,349 kes (60,802 kematian), Itali 2,597,446 kes (90,241 kematian), Turki 2,508,988 kes (26,467 kematian) dan Jerman 2,265,536 kes (60,885 kematian).

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 83 dengan 89,669 kes dan kes kematian sebanyak 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina turut menyertai senarai 81 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

Indonesia di tangga 19 dengan 1,134,854 kes dengan 31,202 kematian . Filipina di tangga 32 dengan 533,587 kes dengan 11,508 kematian.

Myanmar minggu ini melaporkan 141,104 kes  dengan 3,163 kematian di tangga 71 sementara Singapura melaporkan sebanyak 59,649 kes dan angka kematian kekal 29.

Thailand mencatat 22,644 kes di tangga 115 dengan 79 kematian; Vietnam mencatat 1,976 kes di tangga 168 dan angka kematian kekal 35; Kampuchea mencatat 470 kes di tangga 187.

Tiada perubahan kes COVID-19 di Brunei 141 kes dengan 2 kematian di tangga 193 sementara kes COVID-19 di Laos sebanyak 45 kes dan sifar kematian di tangga 200.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.  

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2