Kerajaan digesa laksana sistem indemniti tingkatkan keyakinan program vaksinasi

Tan Sri Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk mewujudkan sistem indemniti atau ganti rugi bagi membantu meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap program imunisasi COVID-19 negara, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya, sistem indemniti itu boleh diperkenalkan dalam bentuk Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin.

"Sistem sebegitu akan meningkatkan lagi keyakinan orang ramai terhadap keselamatan vaksin, yang merupakan langkah yang perlu untuk meyakinkan mereka yang telah dipengaruhi oleh laporan negatif dalam media sosial.

"Ia juga penting untuk memastikan ketelusan dalam perolehan ubat-ubatan yang juga mesti berasaskan bukti... dan untuk memastikan manfaat maksimum terakru daripada proses imunisasi, mesti ada sistem yang disediakan untuk memastikan ketelusan dan mengelakkan pembaziran," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Lee berkata Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) mempunyai peranan penting untuk dimainkan, iaitu ia mesti berdikari dan bebas membuat keputusan terbaik untuk rakyat dan negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan memulakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada akhir bulan ini, dengan 80 peratus penduduk negara ini atau kira-kira 26.5 juta orang akan menerima vaksin secara percuma.

Program imunisasi ini akan dijalankan dalam tiga fasa yang pertama melibatkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan perubatan dan bukan perubatan.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018