UEM Edgenta perkenal penyelesaian perniagaan COVID-19 tumpu keselamatan, kesihatan tempat kerja

(Dari Kiri) Low Chee Yen, Ketua Pegawai Eksekutif UEMS Pte. Ltd. dan Dr. Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Ketua, Healthcare Support (Konsesi), UEM Edgenta / Pengarah Urusan, Edgenta Mediserve Sdn. Bhd., memperkenalkan tawaran inovatif terkini Syarikat, Penyelesaian Perniagaan COVID-19.

KUALA LUMPUR, 8 Feb -- UEM Edgenta Bhd memperkenalkan set holistik penyelesaian perniagaan COVID-19 yang menumpukan kepada keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sejajar dengan sasarannya untuk menyediakan penyelesaian gred tinggi kepada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.

Penyelesaian perniagaan COVID-19 itu diterbitkan di www.uemedgenta.com/covid19solutions merangkumi lima kategori utama penawaran perkhidmatan terdiri daripada penyelesaian tempat kerja, pemeriksaan dan ujian COVID-19, penjagaan kesihatan digital, perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar serta aliran pengurusan kerja COVID-19.  

Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Dr Nik Fawaz Nik Abdul Aziz berkata pada permulaan pandemik tahun lepas syarikat itu perlukan peralihan dengan protokol dan keperluan baharu pelanggannya berkaitan dengan COVID-19 di hospital.  

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan operasi di semua hospital di bawah penjagaan kami tidak terganggu. 

“Usaha gigih kami dengan Kementerian Kesihatan selama bertahun-tahun ini bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mempersiap bagi pelbagai bencana bermakna kami berjaya mendepani dengan pantas dan berkesan cabaran COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Edgenta Mediserve adalah anak syarikat UEM Edgenta yang menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di 32 hospital Kementerian Kesihatan di Malaysia.



-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2