Tawaran tambah saham Fortis tertakluk keputusan mahkamah - IHH



NEW DELHI, 9 Feb -- IHH Healthcare, syarikat dari Malaysia, menjelaskan ia komited untuk membuat satu tawaran terbuka bagi tambahan saham dalam Fortis Healthcare, India memandangkan pihaknya sedang menunggu keputusan mahkamah berhubung isu tersebut.

IHH membeli 31 peratus pegangan kawalan dalam rangkaian hospital India itu pada 2018, yang mendorong keperluan untuk membuat tawaran terbuka mandatori kepada pemegang saham awam Fortis Healthcare bagi lagi 26 peratus saham, mengikut peruntukan yang terpakai dalam undang-undang pengambilalihan India.

“Pengembangan di India kekal menjadi keutamaan IHH memandangkan negara ini merupakan antara empat pasaran tempatan kami, selain Malaysia, Singapura dan Turki,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH, Kelvin Loh dalam kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu dikeluarkan memandangkan Mahkamah Agung India akan memutuskan sama ada IHH Healthcare boleh dibenarkan untuk meneruskan tawaran terbuka untuk membeli tambahan saham Fortis.

“Kami menghormati dan memberi kepercayaan penuh terhadap proses perundangan dan mengharapkan keputusan yang positif supaya kami boleh meneruskan tawaran terbuka itu,” katanya.

IHH menjelaskan ia sedang melaksanakan pelan pemulihan bagi Fortis, dan rangkaian hospital itu telah memperkukuh lembaran imbangannya, menambah baik mudah tunai kewangan serta memperkemas struktur organisasi sejak dua tahun lepas.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2