AXA, FI Life lancar pelan insurans kesihatan dalam talian



KUALA LUMPUR, 10 Feb -- AXA Affin General Insurance Bhd (AXA) bekerjasama dengan platform insurans hayat dalam talian Fi Life untuk menawarkan pelan insurans perubatan dalam talian pertama di Malaysia yang membolehkan had tuntutan tahunan berjumlah RM100,000 sehingga RM2.1 juta.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, AXA berkata had tahunan yang lebih tinggi adalah wajar kerana Fi Life menggabungkan proses penajajaminan perubatan penuh AXA dalam sistem aplikasi dalam taliannya.

“Pelanggan hanya perlu menjawab soalan dalam talian mengenai sejarah perubatan mereka untuk mendapatkan insurans perubatan dan kad e-perubatan serta-merta,” katanya.

Sebelum kerjasama itu, had tahunan yang paling tinggi bagi insurans kesihatan yang boleh dibeli menerusi dalam talian ialah RM250,000.

“Kami percaya sinergi kami melancarkan insurans kesihatan dalam talian Malaysia yang pertama satu langkah inovasi untuk memastikan pengalaman pelanggan menjadi lebih mudah dan senang diakses,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AXA Emmanuel Nivet.

Katanya pelan insurans yang ditawarkan adalah SmartCare Optimum dan SmartCare Optimum Plus.

Di bawah pelan ini, para pelanggan boleh memilih untuk membayar RM7,500, RM10,000, RM15,000 atau RM20,000 perbelanjaan perubatan pertama, untuk mendapatkan diskaun premium sebanyak 25 peratus hingga 50 peratus.

“Pelan ini sesuai untuk mereka yang telah mempunyai pelan perubatan asas dengan majikan tetapi berhasrat untuk menikmati had tuntutan yang lebih tinggi dengan penambahan pelan individu mereka,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Fi Life percaya insurans perubatan adalah satu keperluan bagi melindungi rakyat Malaysia daripada perbelanjaan hospital dan pembedahan yang tidak dijangka.

“Perbelanjaan sedemikian daripada hospital swasta telah meningkat pada kadar 17 peratus setiap tahun.

“Insurans perubatan dalam talian Fi Life dan kad e-perubatan yang ditajajamin oleh AXA adalah langkah pertama bagi memastikan rakyat Malaysia dilindungi dalam keadaan yang tidak dijangka,” katanya.

- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018