Pasport Kesihatan Immunitee Malaysia bakal jadi yang pertama diterima di Singapura

Datuk Dr Nick Boden

KUALA LUMPUR, 10 Feb  -- Immunitee Health Passport dari Malaysia bekerjasama dengan Affinidi yang diasaskan oleh syarikat Temasek untuk menyediakan pasport kesihatan pertama diterima di Singapura, menerusi platform digital Unifier Affinidi. 

Immunitee Health Passport adalah satu sistem yang direka untuk menyimpan rekod imunisasi peribadi dan data vaksin yang membantu memudahkan proses pemeriksaan pengguna di pusat pemeriksaan kesihatan sempadan, memastikan perlindungan data dan keselamatan menerusi blockchain, dan mengesahkan ketulenan ujian dan vaksin COVID-19.

Immunitee dalam satu kenyataan hari ini berkata platform Unifier menyediakan kebolehoperasian, yang membolehkan perkongsian data yang diperlukan dengan pelbagai sistem pemeriksaan kesihatan nasional yang dilaksanakan di seluruh dunia.  

“Kredibiliti kesihatan yang dapat disahkan secara digital ini adalah bagi memudahkan pengembara melakukan perjalanan semasa tempoh pandemik COVID-19 dan mudah disahkan di lapangan terbang Singapura sebaik sahaja sempadan dibuka semula,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Nick Boden berkata melakukan perjalanan semasa tempoh pandemik bermakna pengembara perlu menunjukkan bukti ujian pemeriksaan COVID-19 serta sejarah vaksinasi mereka. 

“Immunitee boleh digunakan dengan cepat dan menyediakan Sistem Pengurusan Pendaftaran Vaksin tunggal yang menyatukan sistem penjagaan kesihatan swasta dan awam dan pada masa yang sama melindungi maklumat sulit pesakit,” katanya. 

Boden berkata pihak berkuasa kerajaan dan organisasi lain termasuk sistem penjagaan kesihatan nasional, sistem imigresen, hotel, universiti dan sekolah hanya boleh mengakses maklumat dengan mengimbas kod QR selamat yang mengandungi semua maklumat ujian dan vaksinasi relevan dan hanya boleh dibuka menggunakan “kunci” peribadi yang dimiliki pengguna.

Beliau berkata pihak berkuasa dan organisasi lain tidak mempunyai akses lain kepada sebarang maklumat sulit dan tiada ada penjejakan lokasi. 

Immunitee itu yang dijadual dilancarkan pada Mac depan akan menyediakan satu sistem sumber terbuka tanpa bayaran kepada kerajaan dan organisasi seluruh dunia dan pengguna boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma. 

Bagi maklumat lanjut boleh layari www.immunitee.com.

-- BERNAMA 

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2