Pharmaniaga yakin dapat tampung permintaan vaksin



KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Pharmaniaga Bhd yang mampu menyediakan dua juta sebulan vaksin CoronaVac keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac); yakin pihaknya akan dapat menampung permintaan harian vaksin yang disasarkan negara nanti.

Timbalan Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata syarikat itu telah melabur sejumlah RM3 juta untuk meningkatkan kapasiti sedia ada, dan bersedia untuk menambah pelaburan jika permintaan tinggi diterima bagi vaksin CoronaVac itu.

Katanya sehubungan itu beliau berharap Pharmaniaga akan mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya April ini bagi membolehkan ia mula mengedar vaksin CoronaVac di Malaysia.

Beliau berkata Pharmaniaga telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membekalkan 14 juta dos vaksin COVID-19 dengan proses pembotolan dibuat di kilang berteknologi tingginya di Puchong, Selangor.

Bercakap dalam program wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV  malam ini, Mohamed Iqbal berkata syarikat itu juga telah menandatangani perjanjian untuk membekalkan 12 juta dos vaksin CoronaVac COVID-19 kepada KKM.

Jumaat lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilapokan berkata 600 pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara nanti, dan beliau menjangka 210 suntikan suntikan vaksin dapat diberikan di satu-satu lokasi sehari, sekiranya semua berjalan lancar.

Sementara itu Pengarah Logistik dan Pengedaran syarikat, Abdul Malik Mohamed yang turut menjadi jemputan program berkata, dengan berbekalkan pengalaman 26 tahun, syarikat itu optimis dan bersedia dalam pengendalian pengurusan bekalan vaksin Sinovac, sebaik ia tiba di pintu antarabangsa negara seperti yang dijadualkan.

Katanya syarikat itu mempunyai kemudahan gudang utama dilengkapi dengan bilik sejuk untuk menyimpan vaksin dengan sistem aktif selain sistem sokongan lain sekiranya bekalan elektrik terputus.

"Kami juga mempunyai 'tulang belakang' yang baik dari sudut pengedaran, prosedur operasi standard (SOP) yang sentiasa ditambah baik, dan juga lebih 400 pekerja yang mahir mengendalikan sistem logistik, selain keberadaan gudang di lima lokasi strategik iaitu dua di Lembah Klang, satu di utara dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

"Bagi memastikan pengagihan dapat dilakukan dengan pantas dan tepat, pengangkutan kami juga dilengkapi teknologi Internet of Things (IoT), yang akan membolehkan kami menjejaki kedudukan kenderaan sepanjang masa, agar bekalan diterima tepat pada masa," katanya.

Abdul Malik berkata koordinasi antara pembekal vaksin dan pusat penerimaan vaksin atau fasiliti kesihatan, adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengelak berlaku lambakan stok dan pembaziran vaksin.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia dengan ‘roll out’ pelaksanaannya akan bermula hujung bulan ini. 

Beliau dilaporkan berkata jemaah menteri juga telah bersetuju melantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku menteri penyelaras program vaksinasi yang akan mengetuai satu pasukan petugas khas dalam urusan pelaksanaan program khusus dalam isu logistik dan penyelarasan dengan negeri serta agensi kerajaan.

-- BERNAMA


 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018