IHH Healthcare peruntuk 10 peratus katil hospital untuk pesakit COVID-19



KUALA LUMPUR, 11 Feb  -- IHH Healthcare Malaysia memperuntukkan kira-kira 10 peratus daripada kapasiti katilnya, termasuk katil di unit rawatan rapi (ICU), di seluruh rangkaian 16 hospital untuk merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jean-François Naa berkata dari hari pertama pandemik, syarikat -- yang mengendalikan Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court -- menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan rakan penjagaan kesihatan awam.

“Memandangkan kami telah mempunyai pelan untuk menguruskan pesakit COVID-19, kami kini hanya melaksanakannya. Hospital swasta tidak dibina dalam skala yang sama dengan kemudahan awam, tetapi kami menyumbang mengikut kapasiti dan kemampuan setiap hospital. 

“Pusat kawalan kami menangani cabaran operasi dan klinikal dalam menguruskan pesakit COVID-19 untuk rawatan yang optimum dan tepat pada masanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naa berkata IHH Healthcare Malaysia meneruskan komunikasi dengan Kementerian Kesihatan dengan berkongsi maklumat penting dan bekerjasama dengan pakar klinikal kementerian dalam menguruskan pesakit COVID-19 yang kritikal.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian global, katanya IHH Healthcare Malaysia turut memanfaatkan kepakaran antarabangsa untuk penyelesaian yang bersesuaian dalam menyusun dan memasukkan maklumat dengan cepat seperti aliran kerja klinikal, protokol pengurusan dan bahan pendidikan untuk pesakit, bagi menjaga keselamatan dan kesihatan kakitangan, doktor dan pesakitnya.

“Kami bersedia untuk memberikan bantuan tambahan seperti yang diperlukan oleh kerajaan, termasuklah menyokong pengurusan vaksin dan menerima pesakit bukan COVID-19,” katanya.

IHH telah menyumbang dalam memerangi COVID-19 sejak awal pandemik untuk meringankan beban institusi kesihatan awam.

“Sejak awal tahun lepas, kami telah memperuntukkan 200 katil di seluruh rangkaian hospital kami, untuk merawat pesakit bukan COVID-19 daripada hospital awam dan memperuntukkan lebih RM24 juta sebagai subsidi rawatan perubatan kepada pesakit ini di hospital kami,” katanya sambil menambah ia turut meminjamkan 20 ventilator kepada hospital awam pada tahun lepas untuk merawat pesakit mereka di ICU.

Sebagai perkhidmatan nilai tambah untuk membantu pesakit yang tidak dapat mengunjungi hospitalnya, Hospital Gleneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court turut melancarkan perkhidmatan telekesihatan mereka, platform dalam talian yang menawarkan eHealth Chat dan eHealth Consult, menghubungkan pesakit dengan pakar.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2