KUALA LUMPUR, 13 Feb -- Sebuah organisasi penyelidikan dan advokasi dasar awam bebas memuji kerajaan atas keputusan baru-baru ini yang turut melibatkan warganegara asing menetap di Malaysia dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Pusat Galen Untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata keputusan kerajaan adalah tepat selaras dengan amalan pengurusan kesihatan awam yang baik.
“Koronavirus tidak membezakan atau tidak peduli sama ada rakyat Malaysia atau tidak, atau jenis dokumentasi yang mereka bawa. Namun, memastikan setiap orang divaksin, akan memberikan perbezaan signifikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azrul berkata dalam usaha membuka semula sektor ekonomi, membina kembali kehidupan dan kedudukan Malaysia sebagai destinasi selamat dan bertanggungjawab kepada pelabur, pelancong dan negara lain, strategi menyeluruh diperlukan tanpa meminggirkan sesiapa.
“Memastikan seberapa banyak orang diberikan vaksin COVID-19 tanpa diskriminasi, berat sebelah atau keutamaan adalah strategi kesihatan awam ke arah mencapai okjektif imuniti kelompok itu,” katanya.
Khamis lepas, kerajaan dilaporkan bersetuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang akan bermula hujung bulan ini, bakal membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia
Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Malaysia manakala maklumat terperinci dan jadual vaksinasi untuk warga asing akan diumumkan kelak.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN