Vaksin: IMARET sedia untuk kerjasama dengan pihak berkuasa



KUALA LUMPUR, 13 Feb --  IMAM Response and Relief Team (IMARET) yang bernaung di bawah Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam merancang dan melaksanakan program vaksinasi, khususnya kepada kelompok masyarakat terpinggir termasuk pendatang tanpa izin dan pelarian. 

Dalam satu kenyataan hari ini IMARET berkata bagi memastikan Malaysia pulih dari segi kesihatan dan ekonomi, adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dalam setiap sektor diberi perlindungan menerusi imunisasi.

Ia berkata sejak 2015, badan itu sudah mengoperasikan perkhidmatan klinik bergerak di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan dan pendidikan kesihatan kepada pelarian.

Selain itu klinik berkenaan masih beroperasi dan dilengkapi sepenuhnya untuk melaksanakan program vaksinasi.

“Di bawah Program Kesihatan Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) yang diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Negara dan dibiayai ‘Qatar Charity’, IMARET dan rakan badan bukan kerajaan (NGO)   MERCY Malaysia dan Malaysian Relief Agency telah membuka lima klinik di Johor, Kedah dan Lembah Klang.

Sebilangan klinik itu sudah pun beroperasi dan dilengkapi sepenuhnya untuk menjalankan program vaksinasi dengan mematuhi semua garis panduan. Kami turut bekerjasama rapat dengan NGO antarabangsa lain seperti Medecins Sans Frontieres (MSF)  dan Yayasan Tzu Chi yang mempunyai klinik kesihatan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

IMARET juga berkata ia telah melaksanakan klinik vaksinasi bergerak bagi MMR dan Hepatitis B untuk pelarian di seluruh negara dengan kerjasama agensi antarabangsa seperti Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan NGO-NGO lain.   

Hanya menerusi perancangan bersama, kerjasama dan keterangkuman, sasaran program pemvaksinan secara meluas mampu dilaksanakan dengan jayanya bagi mengawal pandemik COVID-19.   

Sebelum ini dilaporkan kerajaan bersetuju untuk meluaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal bermula penghujung bulan ini kepada warga asing yang tinggal di Malaysia tanpa bayaran, di bawah program itu.  

Keputusan itu dibuat selepas jumlah kes yang tinggi daripada kluster melibatkan pekerja asing dan kos tinggi untuk merawat dan mengkuarantin pesakit COVID-19.

Justeru, IMARET berkata keputusan itu adalah penting kepada Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok sebagai sebahagian daripada strategi keluar negara bagi mengatasi pandemik itu. 

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1