Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancar hari Selasa



KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik COVID-19.

Majlis pelancaran berkenaan dijadual bermula 9.30 pagi ini yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia dan beberapa stesen televisyen tempatan negara. 

Orang ramai juga boleh membaca buku panduan berkenaan menerusi laman web yang akan dilancarkan serentak dengan pelancaran buku berkenaan. 

Kandungan buku berkenaan antara lain mengandungi jenis-jenis vaksin yang digunakan kerajaan, fasiliti disediakan untuk menyimpan vaksin di seluruh negara, pengambilan vaksin dari sudut pandangan agama serta panduan imunisasi. 

Semalam menerusi infografik yang dimuat naik oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pelan imunisasi itu merangkumi penerangan mengenai empat komponen utama iaitu bekalan vaksin, kumpulan sasaran fasa pemberian vaksin, lokasi dan kaedah pelaksanaan program serta tenaga kerja pelaksanaan program imunisasi berkenaan.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Vivantis Technologies Elevates COVID-19 Testing Capacity In Malaysia

By Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.

In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.

Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1