Risiko Wanita Mengidap Vena Varikos Dua Kali Ganda Berbanding Lelaki - Ijn

Pakar Perunding Bedah Vaskular dan Endovaskular Institut Jantung Negara Dr Ismazizi Zaharuddin.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Vena varikos atau salur darah bersimpul merupakan masalah yang sering dihadapi wanita dengan peratusannya dua kali ganda berbanding lelaki, kata Pakar Perunding Bedah Vaskular dan Endovaskular Institut Jantung Negara Dr Ismazizi Zaharuddin.

Beliau berkata ia kerana wanita mempunyai hormon progesterone yang boleh menyebabkan kelemahan pada dinding salur darah selain faktor kehamilan menyebabkan tekanan dalam salur darah vena meningkat dan kerosakan injap. 

“Faktor wanita yang mengandung menyebabkan tekanan intra-abdomen meningkat seterusnya menyebabkan masalah yang sama,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Jendela Fikir Bernama Radio bagi topik ‘Urat Kaki Menimbul: Adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?’ baru-baru ini.

Dr Ismazizi berkata vena varikos yang menyerang pesakit berumur 30 hingga 40 tahun ke atas itu juga disebabkan gaya hidup tidak sihat, pemakanan tidak kawal, berat badan berlebihan, sejarah keluarga dan faktor kelainan kongenital.

“Antara 15 dan 20 peratus pesakit juga mempunyai simptom seperti kekejangan di bahagian kaki, perubahan warna kulit terutamanya di bahagian betis dan paha, paling kronik pesakit mula berasa gatal-gatal seterusnya pembentukan ulser serta kudis di bahagian buku lali. Ini amat membimbangkan jika berlaku pendarahan.

“Walaupun ada yang menganggap penyakit ini kurang berbahaya, tapi jika ia sudah berada di peringkat empat hingga enam ia perlu diberi perhatian dengan mendapat rawatan serta khidmat nasihat doktor,” katanya.


Kredit : Institut Jantung Negara (IJN)

Dr Ismazizi berkata IJN juga ada menawarkan rawatan endovenus iaitu rawatan tanpa parut dengan teknik baharu menutup salur darah menggunakan gam yang satu sesi mengambil masa 30 minit.

“Pesakit mendapatkan rawatan secara rawatan harian dan boleh melakukan aktiviti harian pada esok harinya. 

“Namun, selepas pulih pesakit perlu mendapatkan rawatan susulan untuk mengesan sekiranya ada kesan berulang atau mungkin ada salur darah yang tersumbat di tempat lain sekitar kaki,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi pusat panggilan IJN di 03-26178200 atau e-mel di heart@ijn.com.my.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1