SENARAI BERITA

Orang asli : Tujuh di Terengganu, empat di Pahang disahkan demam campak

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Sebanyak tujuh kes Orang Asli di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu, Terengganu dan empat di Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang telah disahkan dijangkiti measles atau demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Ibu derita anak hidap penyakit kulit kronik

KULIM, 18 Jun (Bernama) -- Kelakuan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dahulunya aktif dan sentiasa menceriakan kedua ibu bapanya berubah sekelip mata selepas diserang penyakit kulit kronik, psoriasis sejak lapan bulan lalu.


Penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh dijangkiti wabak demam campak

PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Sebanyak 37 daripada 112 Orang Asli suku Batek, Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, yang dilaporkan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, didapati dijangkiti wabak demam campak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Bekalan darah di HRPZII kritikal

KOTA BHARU, 16 Jun (Bernama) -- Tabung darah di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) kini dalam keadaan kritikal berpunca daripada permintaan yang tinggi. 


Jabatan Kimia nafi dakwaan sampel air dari sungai lain

GUA MUSANG, 16 Jun (Bernama) -- Jabatan Kimia menafikan tuduhan badan bukan kerajaan (NGO) kononnya agensi tersebut mengambil sampel air dari sungai lain dan bukan Sungai Lebir yang menjadi sumber bekalan minuman masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampug Kuala Koh.


Program derma darah perlu jejaki masyarakat luar bandar

SEMPORNA, 16 Jun (Bernama) -- Program derma darah perlu diperluaskan secara berkesan dan menjejaki masyarakat di luar bandar, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.


Jumlah kes denggi di Melaka meningkat

MELAKA, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah kes denggi di Melaka meningkat iaitu mencatat sebanyak 904 kes yang dilaporkan sehingga minggu ke-23 yang berakhir pada 8 Jun 2019.


Seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Seorang lagi pesakit Orang Asli yang berasal dari Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang Jumaat lepas kerana mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan, menjadikan jumlah keseluruhan sembilan orang.


Kes denggi di Labuan menurun, HFMD meningkat

LABUAN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah kes demam denggi di pulau bebas cukai ini menurun sejak bulan lepas bagaimanapun, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan.


Bimbang penyakit dari Kuala Koh, Orang Asli Sungai Berua tinggalkan penempatan

HULU TERENGGANU, 16 Jun (Bernama) -- Bimbang dengan kehadiran ‘tetamu’ Orang Asli suku Batek daripada Kuala Koh, Gua Musang, lebih daripada 150 Orang Asli suku Semaq Beri bertindak keluar dari kediaman mereka di Sungai Berua di sini sejak dua minggu lepas.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2