SENARAI BERITA

Pasport Kesihatan Immunitee Malaysia bakal jadi yang pertama diterima di Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Feb  -- Immunitee Health Passport dari Malaysia bekerjasama dengan Affinidi yang diasaskan oleh syarikat Temasek untuk menyediakan pasport kesihatan pertama diterima di Singapura, menerusi platform digital Unifier Affinidi. 


KKM giat bincang dengan Pfizer untuk 30 peratus lagi bekalan vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 10 Feb -- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang giat berbincang dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer, untuk mendapatkan 30 peratus lagi bekalan vaksin COVID-19, COMIRNATY (Concentrate For Dispersion For Injection) keluaran Pfizer-BioNTech.


AXA, FI Life lancar pelan insurans kesihatan dalam talian

KUALA LUMPUR, 10 Feb -- AXA Affin General Insurance Bhd (AXA) bekerjasama dengan platform insurans hayat dalam talian Fi Life untuk menawarkan pelan insurans perubatan dalam talian pertama di Malaysia yang membolehkan had tuntutan tahunan berjumlah RM100,000 sehingga RM2.1 juta.


Tawaran tambah saham Fortis tertakluk keputusan mahkamah - IHH

NEW DELHI, 9 Feb -- IHH Healthcare, syarikat dari Malaysia, menjelaskan ia komited untuk membuat satu tawaran terbuka bagi tambahan saham dalam Fortis Healthcare, India memandangkan pihaknya sedang menunggu keputusan mahkamah berhubung isu tersebut.


Strain virus COVID yang berbeza di Sarawak sekarang - Sim

SIBU, 8 Feb -- Analisis penjujukan genom COVID-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada bulan Mac hingga April tahun lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.


UEM Edgenta perkenal penyelesaian perniagaan COVID-19 tumpu keselamatan, kesihatan tempat kerja

KUALA LUMPUR, 8 Feb -- UEM Edgenta Bhd memperkenalkan set holistik penyelesaian perniagaan COVID-19 yang menumpukan kepada keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sejajar dengan sasarannya untuk menyediakan penyelesaian gred tinggi kepada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.


Program vaksinasi akan memacu pasaran hartanah pada separuh kedua - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 8 Feb -- Ekonomi Malaysia dijangka mula pulih dan sektor hartanah akan kembali mencatat pertumbuhan pada separuh kedua 2021, selepas program vaksinasi secara besar-besaran mula dilaksanakan. 


Kerajaan digesa laksana sistem indemniti tingkatkan keyakinan program vaksinasi

KUALA LUMPUR, 7 Feb -- Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk mewujudkan sistem indemniti atau ganti rugi bagi membantu meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap program imunisasi COVID-19 negara, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.


COVID-19: Di Sebalik Ledakan Pandemik, Kini Ada Sinar Harapan Untuk Rakyat Malaysia

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 30 Jan hingga pukul 8:30mlm 5 Feb 2021.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia melebihi 230 ribu. Di peringkat global, hampir 105 juta  kes dilaporkan dengan lebih 2.2 juta kematian.  Lebih 77 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setelah dikejutkan dengan kes harian baharu COVID-19 melebihi lima ribu tiga hari berturut-turut, perkembangan kes koronavirus maut di Malaysia sedikit melegakan kerana angka kes harian yang menurun sedikit dan diimbangi dengan kes sembuh yang agak tinggi.

Hari ini Jumaat, 5 Februari, jumlah kes positif baharu direkod sebanyak 3,391 sementara kes sembuh pula sebanyak 3,392. Jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini sebanyak 185,278 atau 78.9 peratus.

Pada Isnin 1 Februari, negara mencatat kes sembuh sebanyak 4,280 berbanding kes baharu sebanyak 4,214.

 


Grab lancar program tingkatkan akses, maklumat vaksin untuk pihak berkepentingan

KUALA LUMPUR, 4 Feb  -- Grab hari ini melancarkan program di seluruh rantau ini yang bertujuan meningkatkan akses dan maklumat mengenai vaksin untuk semua pihak berkepentingan di platformnya selain menggalakkan semua penumpang, pemandu dan rakan kongsi penghantaran mendapatkan vaksin. 




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1