SENARAI BERITA

Kerajaan Sabah terbuka adakan perbincangan dengan penggiat O&G

KOTA KINABALU, 11 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan peserta industri minyak dan gas (O&G) bagi memastikan mereka dapat memajukan sektor itu ke tahap kejayaan lebih tinggi selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.


15 kluster ILI dikesan di N. Sembilan sehingga 6 Julai

SEREMBAN, 11 Julai (Bernama) -- Sebanyak 15 kluster penyakit Influenza Like Illness (ILI) dilaporkan di negeri ini dari Januari sehingga 6 Julai lepas, peningkatan lima kluster berbanding tempoh sama tahun 2018.


UMS bersama Swiss German University jalankan penyelidikan tangani masalah penyakit tibi

KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Swiss German University (SGU) di Indonesia sedang menjalankan penyelidikan tentang kaedah untuk mengurangkan jangkitan penyakit tuberkulosis (tibi) yang menjadi masalah utama khususnya di Sabah.


Siasatan gangguan kesihatan di Pasir Gudang masih dijalankan

KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Siasatan berhubung insiden gangguan kesihatan di Pasir Gudang terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang sehingga kini belum diketahui puncanya masih dijalankan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.


Campak: Satu lagi kematian babit wanita Orang Asli di Terengganu - Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Satu lagi kematian akibat wabak demam campak membabitkan wanita Orang Asli dilapor semalam di Terengganu, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang mati akibat wabak itu sebanyak empat setakat ini.


Rawatan Onkologi Malaysia Jadi Pilihan Dunia

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Selama tiga bulan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ibu Ida mengalami pendarahan dalam hidungnya, sehingga membimbangkan diri dan anggota keluarganya. 

Walaupun tidak menyakitkan namun, suri rumah berusia 54 tahun dari Medan, Indonesia itu berasa tidak selesa dengan keadaan itu kerana ia turut menjejaskan kualiti kehidupan sehariannya. 

Ini kerana pendarahan itu berlaku tidak tentu masa, ada kalanya pada waktu pagi, petang mahupun malam sekali gus menyukarkannya melakukan aktiviti luar.


Negeri Sembilan rekod 1,268 kes denggi

SEREMBAN, 9 Julai (Bernama) -- Sebanyak  1,268 kes demam denggi direkodkan di Negeri Sembilan bagi tempoh dari 1 Jan sehingga  Sabtu lepas, mencatatkan peningkatan 86.2 peratus berbanding 681 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.


Penyelidikan perubatan tradisional, komplementari masih minimum - Dr Lee

Universit dan institusi tempatan perlu meningkatkan usaha untuk menjalankan penyelidikan mengenai Perubatan Tradisional dan Komplementari (T & CM) di Malaysia yang menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye masih berada di peringkat minimum.


KKM peruntuk RM2 juta utk saringan kanser serviks 

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan RM2 juta untuk pelaksanaan fasa pertama ujian saringan kanser serviks dengan menggunakan kaedah ujian 'Human Papiloma Virus (HPV) DNA (asid deoksiribonukleik)' bagi tahun 2019.


Kematian wanita berpunca masalah jantung, bukan insiden pencemaran di Pasir Gudang

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini menegaskan bahawa punca kematian seorang wanita yang dilaporkan meninggal dunia di Johor Bahru adalah berpunca daripada  masalah jantung dan bukannya insiden pencemaran di Pasir Gudang, Johor.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018