KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Dalam menyokong usaha negara untuk memerangi pandemik COVID-19, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menyumbangkan produk pengeluarannya dan barangan keperluan sebagai sebahagian daripada Program Bantuan PCG COVID-19.
PCG membekalkan produknya, bahan mentah yang dipanggil Polipropilena (PP) kepada Fakulti Kejuteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Jerantut, Pahang di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Bahan mentah ini digunakan untuk pengeluaran bingkai pelindung muka untuk membantu pasukan perubatan tempatan termasuk barisan hadapan dan lain-lain yang memerlukan. Sumbangan itu akan membolehkan UiTM dan ADTEC secara kolektif menghasilkan lebih daripada 100,000 bingkai pelindung muka untuk dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.
KUALA LUMPUR, 14 April -- Malaysia hari ini berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam menghadapi pandemik COVID-19 dengan negara anggota ASEAN semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN mengenai COVID-19 yang diadakan menerusi persidangan video.
KUALA LUMPUR, 14 April -- Malaysia hari ini berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam menghadapi pandemik COVID-19 dengan negara anggota ASEAN semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN mengenai COVID-19 yang diadakan menerusi persidangan video.
Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sekadar melakukan aktiviti harian yang mudah seperti mandi dan memakai baju, boleh menjadi sangat sukar bagi individu yang sedang menderita sakit kronik.
Perasaan marah, bimbang dan kemurungan juga boleh mengakibatkan kesakitan kronik, memandangkan pesakit dalam keadaan yang lemah dan serba kekurangan.
Dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini, doktor dari Pusat Pakar UM (UMSC) menerangkan mengenai pengurusan sakit, iaitu cabang penting dalam bidang perubatan yang mengguna pakai pendekatan antara disiplin (pelbagai bidang) untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan pada masa sama meningkatkan kualiti hidup mereka.
KUALA LUMPUR, 24 Nov -- Lebih ramai individu diperlukan untuk tampil berikrar menjadi penderma organ bagi membantu pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang (ESKD).
Oleh Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tanggapan bahawa hanya warga tua terdedah kepada osteoartritis (OA) adalah tidak benar kerana orang muda juga boleh diserang radang sendi itu.
Menurut Prof Dr Abdul Halim Mokhtar, Pakar Perubatan Sukan, Pusat Pakar UM (UMSC) , OA boleh menyerang orang muda yang serius bersukan atau ada kaitan dengan pekerjaan mereka.
Beliau yang menyifatkan ahli sukan sebagai "pendera sendi" menjelaskan mereka mungkin terlebih guna serta membebankan sendi mereka, menyebabkan terdedah kepada microtrauma yang kemudiannya menjadi OA.
Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah dan Murni Nasri
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Farhan (bukan nama sebenar) dihantar ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan untuk jangkitan kuman pada kaki kanannya.
Sepatutnya, ubat-ubatan dan penjagaan sudah memadai untuk menyembuhkan seorang kanak-kanak sihat yang berusia 12 tahun.
Bagaimanapun, Farhan bukanlah kanak-kanak yang sihat kerana berat badannya ketika itu melebihi 100 kilogram (kg).
Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah dan Murni Mat Nasri
Ini bahagian akhir daripada dua bahagian artikel mengenai rawatan kanser paru-paru.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Secara tradisinya, pembedahan untuk kanser paru-paru dibuat menerusi torakotomi, yang memerlukan pemotongan otot dan membuka sangkar rusuk sebelum memasuki dinding dada untuk mengeluarkan kanser.
Pada 1997, Naib Pengarah Tokyo National Cancer Hospital, Tsuguo Naruke mengetuai sepasukan pakar bedah untuk pembedahan seorang wanita berusia 69 tahun yang didiagnos tahap awal kanser paru-paru.
Pembedahan itu dilaporkan berjaya. Ia dibuat menerusi “Video-Assisted Thoracic Surgery (VATS) “ dan dilaporkan yang pertama seumpamanya di dunia.
Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah dan Murni Nasri
Bahagian pertama daripada dua bahagian mengenai kanser paru-paru
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Leen berusia enam tahun apabila datuknya didiagnos menghidap kanser paru-paru tahap empat.
“Saya amat bimbang Atuk (datuk) akan tinggalkan saya (meninggal dunia) meskipun saya tak tahu apa-apa tentang kanser pada masa itu, “ kata editor bebas berusia 43 tahun itu.
Beliau masih ingat betapa kuatnya semangat Atuk melawan penyakit kanser itu dan reda menerima takdir yang menimpa dirinya. Bagaimanapun, kesakitan yang ditanggung Atuk begitu teruk sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, sehingga Atuk sukar untuk senyum.
Oleh Salbiah Said
Rencana ini adalah bahagian akhir daripada dua bahagian mengenai kehamilan luar nikah yang melibatkan gadis belasan tahun.
PETALING JAYA (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenalpasti kira-kira 16 juta remaja perempuan melahirkan anak setiap tahun dan kebanyakan mereka dari negara berpendapatan sederhana dan rendah.
Dianggarkan tiga juta gadis berusia 15 hingga 19 tahun menjalani pengguguran yang tidak selamat setiap tahun. Data juga menunjukkan di seluruh dunia, 1 dalam 5 remaja perempuan melahirkan anak menjelang usia 18 tahun.
Di Malaysia, dilaporkan purata 18,000 gadis belasan tahun hamil setiap tahun. Secara purata di seluruh negara, seramai 1,500 remaja perempuan hamil setiap bulan atau 50 kes sehari dan mereka ini biasanya mendapatkan bantuan perubatan di klinik kerajaan.
By Mohamad Syazwan Mustafa
KUCHING, Nov 29 (Bernama) -- Efforts to eradicate the rabies outbreak, and promote awareness about rabies elimination in Southeast Asia to support STOP Rabies, are among the main focuses highlighted in the white paper launched by Boehringer Ingelheim, at the Federation of Asian Veterinary Associations (FAVA) Congress 2023, in Kuching, Sarawak, on Nov 4.
read more ››Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.