SENARAI BERITA

4,629 kes denggi dilaporkan di Sabah - Poon

KOTA KINABALU, 14 Nov -- Jumlah kumulatif kes denggi di negeri ini setakat 9 Nov lepas adalah 4,629 kes berbanding 2,876 kes bagi tempoh sama tahun lepas.


JPA perlu pertimbang lebih banyak jawatan tetap untuk doktor

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mempertimbangkan secara serius lebih banyak jawatan tetap untuk doktor baharu dalam perkhidmatan awam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Bahan kimia daripada plastik pembungkus makanan tidak jejas kesihatan

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Pencemaran bahan kimia ‘phthalates’ daripada plastik pembungkus ke dalam makanan adalah pada tahap yang tidak membahayakan kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


Salur maklumat mengenai kosmetik tidak tepati piawaian kepada KKM - Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Orang ramai digesa menyalurkan maklumat mengenai produk kosmetik yang tidak bernotifikasi terutamanya yang dijual dalam talian kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


82 kes chikungunya dicatatkan di daerah Batang Padang Perak

IPOH, 14 Nov  -- Sebanyak 82 kes jangkitan chikungunya dilaporkan berlaku di daerah Batang Padang, di Perak setakat 12 Nov, sejak wabak itu bermula pada 11 Sept lepas.


Pembantu Perawatan Kesihatan digesa tingkatkan pengetahuan

JITRA, 13 Nov -- Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) digesa supaya meningkatkan pengetahuan, termasuk menguasai ilmu teknologi maklumat bagi memastikan mereka dapat berkhidmat dengan lebih berkesan dalam menghadapi kehendak masyarakat yang semakin meningkat.


Kementerian Kesihatan wujud Kerangka Kerja Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Kementerian Kesihatan telah membangunkan Kerangka Kerja Kebangsaan Penyakit Jarang Jumpa bagi mewujudkan satu jawatankuasa tadbir urus pesakit penyakit jarang jumpa di Malaysia.


Hospital Ampang jadi hospital sektor awam pertama guna pakai Atellica Solution

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Hospital Ampang di sini merupakan hospital sektor awam pertama dalam negara yang mengguna pakai peralatan berinovasi Atellica Solution, yakni sebuah mesin penganalisis kimia dan imunocerakin, bagi menambah baik kecekapan makmal patologinya.

Penyembuhan pantas bagi kecederaan berkaitan sukan menerusi terapi laser

Laporan eksklusif oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Bagi setiap atlet kemantapan  fizikal dan fisiologi sangat dituntut ketika menyertai sebarang acara sukan. Namun begitu sekiranya berlaku kecederaan ketika bersukan natijahnya amat parah kerana ia bukan sahaja menyebabkan kesakitan fizikal, malah memakan masa agak lama bagi process penyembuhan.


Tiada rokok elektronik, vape didaftar alat henti merokok

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Tiada sebarang rokok elektronik (e-cigarette) atau vape yang didaftar sebagai alat atau ubat untuk berhenti merokok ketika ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2