SENARAI BERITA

KP Kesihatan puji doktor Hospital Pantai untuk tindakan segera COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuji tindakan segera yang diambil oleh Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Sanjiv Joshi yang secara sukarela menjarakkan dirinya dari hospital, klinik dan keluarganya selama 14 hari.


KKM terima 2.5 juta vaksin polio tambahan daripada WHO

KUALA LUMPUR, 28 Feb  -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima 2.5 juta dos vaksin polio oral monovalen jenis 2 (mOPV2) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai vaksin tambahan untuk kawalan wabak polio di Sabah.  


Tiada kes positif SARI, ILI dikesan positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Feb -- Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkukuhkan survelan COVID-19 dalam kalangan pesakit dengan diagnosa ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dan ‘influenza-likeillness (ILI) bagi mengesan kes sporadik dan kes tempatan yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke China atau kontak dengan kes positif COVID-19.


COVID-19: Dua wanita warganegara China pulih sepenuhnya, dibenarkan pulang

KUALA LUMPUR, 24 Feb -- Dua wanita warganegara China yang disahkan positif COVID-19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sehingga kini, 20 orang.


Denggi: Pulau Pinang lepaskan nyamuk disuntik bakteria Wolbachia

GEORGE TOWN, 23 Feb --  Pulau Pinang melepaskan nyamuk yang dijangkiti bakteria berbahaya yang dikenali sebagai Wolbachia bagi mengurangkan populasi nyamuk aedes liar yang menyebarkan demam denggi.

Keunikan taman awam nilai tambah ekopelancongan Putrajaya - Khalid

PUTRAJAYA, 23 Feb -- Kunikan taman-taman awam dengan kepelbagaian ciri dan konsep memberi nilai tambah kepada Putrajaya sebagai destinasi ekopelancongan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.


Tiada kes baru COVID-19 di Malaysia, 5 masih dirawat

PUTRAJAYA, 21 Feb  -- Tiada kes baharu COVID-19 dikesan menjadikan jumlah kes itu kekal 22 setakat hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


COVID-19 : Jangan Selesa Walau Ramai Pesakit Sembuh

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Feb hingga pukul 5.30 petang 21 Feb.

Jumlah kes di seluruh dunia terus mencatat kenaikan melebihi 70,000 kes dengan kematian mengatasi angka lebih 2,000 setakat ini.

Kuala Lumpur (Bernama ) -- Meskipun setakat ini belum ada pesakit baharu COVID-19 dan ramai yang sudah sembuh, semua pihak termasuk masyarakat diharap tidak mudah selesa dengan keadaan itu.

Perkara ini turut ditekankan oleh Menteri Kesihatan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sewaktu memberi sidang media situasi terkini jangkitan COVID-19 di negara ini pada 19 Feb.

Beliau merujuk kepada keadaan di Singapura di mana doktor di sana berhadapan dengan situasi peringkat jingga. Jumlah pesakit COVID-19 di negara jiran (sehingga 20 Feb) ialah 85 di mana 37 orang telah sembuh. 


Operasi Hospital Medan di Cox's Bazar dilanjut sehingga Dis 2021

KUALA LUMPUR, 20 Feb -- Pengoperasian Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh akan dilanjutkan sehingga Disember 2021, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang.


COVID-19: Dua lagi sembuh, jumlah dirawat menurun kepada tujuh - Dzulkefly

PUTRAJAYA, 19 Feb -- Jumlah pesakit COVID-19 yang berjaya dipulihkan terus bertambah kepada 15 selepas dua lagi daripada 22 individu yang disahkan positif kluster itu sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini. 




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018