KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Berikut ialah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
KUALA LUMPUR, 16 Mac -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah 830 jururawat dalam usaha menangani penularan COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
PUTRAJAYA, 12 Mac -- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 158, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
GEORGE TOWN, 12 Mac -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius tentang kes COVID-19 pertama di negeri itu, dan telah mengambil langkah menghubungi individu berkenaan untuk tujuan siasatan dan persampelan.
MOSCOW, 12 Mac -- Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Tom Hanks dan isteri Rita Wilson disahkan dijangkiti virus COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.
SHAH ALAM, 12 Mac -- Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
PUTRAJAYA, 11 Mac -- Keutamaan Kementerian Luar sekarang adalah isu berkaitan COVID-19 memandangkan ia telah menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia terutamanya negara-negara yang terjejas teruk oleh wabak itu, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
PUTRAJAYA, 10 Mac -- Sebanyak 12 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 129 kes.
PUTRAJAYA, 9 Mac -- Susulan penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara, Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.
PUTRAJAYA, 9 Mac -- Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama hospital dan pembekal perubatan swasta hari ini melancarkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit itu tetapi tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI).
By Mohamad Syazwan Mustafa
KUCHING, Nov 29 (Bernama) -- Efforts to eradicate the rabies outbreak, and promote awareness about rabies elimination in Southeast Asia to support STOP Rabies, are among the main focuses highlighted in the white paper launched by Boehringer Ingelheim, at the Federation of Asian Veterinary Associations (FAVA) Congress 2023, in Kuching, Sarawak, on Nov 4.
read more ››Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.