GEORGE TOWN, 20 Dis -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh Malaysia, dikuatkuasakan bermula tahun 2020.
KUCHING, 20 Dis -- Kanak-kanak disleksia perlu diberikan program intervensi yang sesuai agar mereka tidak tersisih dan tercicir dari sekolah, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.
IPOH, 20 Dis -- Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima dua laporan kluster penyakit seperti influenza (ILI) melibatkan anggota dan pelatih di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
KOTA BHARU, 19 Dis -- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berhasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan bagi menyediakan kemudahan di sekolah di negeri ini bagi pesakit ‘Osteogenesis Imperfecta’ atau dikenali penyakit tulang rapuh.
KUALA LUMPUR, 18 Dis -- Kementerian Kesihatan telah mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di ibu pejabatnya di Putrajaya untuk memantau keadaan banjir di seluruh negara ketika ini.
OXFORD, 18 Dis -- Kematian akibat penyakit tidak berjangkit (NCD) di Malaysia adalah perkara biasa dan masyarakat dilihat lebih berminat dengan identiti si mati berbanding untuk mengetahui mengenai punca kematian, kata seorang aktivis.
KUALA LUMPUR, 18 Dis -- Kontrak syarikat konsesi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (Pharmaniaga) dengan Kementerian Kesihatan yang berakhir 30 Nov lepas dilanjutkan selama 25 bulan lagi agar peralihan kepada syarikat baharu dapat berjalan lancar, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 Dis -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah melakukan sebanyak 4,169 serbuan dari tahun 2017 sehingga tahun ini ke atas premis farmasi berlesen, klinik perubatan swasta dan premis lain yang didapati melanggar pelbagai akta dan peraturan.
Oleh Kurniawati Kamarudin
KUALA LUMPUR -- Setiap tahun sekurang-kurangnya 1,500 hingga 2,000 kes kematian akibat batuk kering atau tibi (TB) direkodkan dengan purata enam kematian setiap hari di Malaysia.
Lebih serius kes baharu tibi yang direkodkan dianggarkan antara 20,000 hingga 25,000 setahun.
Menurut Ketua Sektor Tibi/Kusta, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohamed Naim Abdul Kadir, kebanyakan kes kematian akibat tibi yang disifatkan masih tinggi itu adalah disebabkan pesakit lewat mendapatkan rawatan di hospital.
Oleh Nurhumairra Adnan
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ketika berusia kira-kira 19 tahun, Cheah Pih Nyuk, menyedari bahawa beliau cepat berasa penat walaupun hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berjalan kaki dalam jarak dekat.
Doktor yang merawat beliau ketika itu menyarankan agar lebih banyak senaman dilakukan tanpa mengetahui punca kepenatan Cheah.
Namun setelah lebih sedekad lamanya baru diketahui punca masalah Cheah, 36, pengarah kreatif sebuah syarikat pengiklanan apabila doktor mendiagnosis beliau menghidap Hipertensi Pulmonari (HP).
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN