SENARAI BERITA

Pengambilan NSAIDS tingkatkan risiko jangkitan influenza

KUALA LUMPUR, 4 Jan -- Ubat-ubatan dalam kumpulan ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) yang diberikan kepada kanak-kanak bawah lima tahun untuk mengurangkan demam boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza. 


HDOK guna wang penjimatan RM200,000, beli peralatan perubatan

SANDAKAN, 3 Jan -- Hospital Duchess of Kent  (HDOK) di sini yang berjaya menjimatkan RM200,000 daripada peruntukan keseluruhan RM10.6 juta Kerajaan Persekutuan tahun lepas, telah menggunakan wang tersebut untuk membeli lebih banyak peralatan perubatan untuk kemudahan pesakit.


Jab. Kesihatan Johor berusaha jamin bekalan insulin penfill tidak terputus – Exco Kesihatan

JOHOR BAHRU, 3 Jan -- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor akan berusaha menjamin bekalan insulin penfill kepada pesakit diabetis yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini tidak terputus.


Kes kanser meningkat bagi tempoh 2012-2016 - Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 3 Jan -- Terdapat peningkatan bilangan kes baharu kanser yang dikesan sepanjang lima tahun bermula 2012 hingga 2016 iaitu 115,238 kes berbanding 103,507 kes bagi tempoh sama pada 2007 hingga 2011.


Vaksin pneumococcal percuma untuk bayi lahir mulai 1 Jan 2020

IPOH, 3 Jan -- Bayi yang lahir bermula 1 Jan tahun ini layak menerima suntikan vaksin pneumococcal secara percuma, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.


Derita kanser paru-paru tahap empat, ibu tunggal rayu sumbangan

MACHANG, 3 Jan -- Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itulah nasib seorang ibu tunggal kepada dua anak yang kini terlantar akibat menderita kanser paru-paru tahap empat sejak Disember lepas.


Haliza Hashim mahu tingkat kesedaran tentang kesihatan mental menerusi Mercy UK

Oleh Hasnah Jusid

KUALA LUMPUR, 2 Jan -- Ramai yang mungkin pernah mendengar tentang  Haliza Hashim sebagai koresponden hal ehwal semasa TV3 bagi United Kingdom (UK) dan Eropah, tetapi hanya segelintir yang tahu bahawa beliau turut terbabit dalam kerja kemanusiaan.


Kira-kira 35,000 orang terjejas oleh gangguan bekalan air akibat amonia di Muar

JOHOR BAHRU, 2 Jan -- Bekalan air kepada 35,000 orang di daerah Muar mengalami gangguan selepas paras amonia yang tinggi dikesan di Sungai Muar.


Masih ada yang ingkar larangan merokok di premis makanan

KUALA LUMPUR, 1 Jan  -- Masih ada yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh di seluruh negara, hari ini.


Kes HFMD di Perlis rendah dan terkawal - Pengarah Kesihatan

KANGAR, 31 Dis -- Jabatan Kesihatan Perlis menafikan dakwaan yang tular di media sosial  bahawa  Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini menerima ramai pesakit kanak-kanak yang menghadapi jangkitan penyakit  tangan kaki dan mulut (HFMD).



HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018