SENARAI BERITA

Pusat Perubatan Mawar: N.Sembilan tunggu keputusan Kementerian Kesihatan

SEREMBAN, 11 Feb (Bernama) – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri masih menunggu keputusan rasmi Kementerian Kesihatan mengenai kedudukan Pusat Perubatan Mawar (PHM) di sini.​


Tanggapan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan dan kemudahan kesihatan lebih utama

KUALA SELANGOR, 10 Feb (Bernama) – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  menyifatkan tanggapan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan serta penyediaan kemudahan kesihatan di negara ini adalah lebih utama berbanding pengiktirafan daripada pihak luar.


Kira-kira 60 peratus penyakit kanser di Malaysia dikesan pada tahap lewat

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Dianggarkan 60 peratus penyakit kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat  iaitu Tahap III dan IV, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


Ibu bapa jangan tertipu hujah agama golongan antivaksin - pakar perubatan

Oleh Muhammad Basir Roslan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.


Rabies: jangan buang sampah, sisa makanan secara haram

TAIPING, 30 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan meminta penduduk di Daerah Larut Matang Selama (LMS) supaya tidak membuang sampah dan sisa makanan di kawasan yang tidak dibenarkan kerana bimbang anjing liar yang memakannya dikhuatiri membawa wabak penyakit anjing gila atau rabies.


Data 14,200 penghidap HIV di Singapura bocor dalam talian

SINGAPURA, 28 Jan (Bernama) – Maklumat sulit 14,200 individu yang dikesan menghidap HIV telah dicuri dan dibocorkan secara dalam talian oleh seorang bekas banduan warga Amerika Syarikat yang diusir dari Singapura selepas menjalani hukuman penjara tahun lalu.


800,000 rakyat Malaysia terima manfaat skim PeKa B40 mulai Mac

PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Kira-kira 800,000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas daripada kumpulan B40 bakal menerima manfaat skim peduli kesihatan dikenali PeKa B40 dengan peruntukan RM100 juta yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac ini.


Kerja fizikal projek pembinaan Hospital Kerian siap lapan peratus

IPOH, 28 Jan (Bernama) -- Kerja fizikal di tapak projek pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima dekat Parit Buntar telah siap lapan peratus berbanding jadual awal iaitu sembilan peratus.


Sarawak diisytihar wabak rabies bencana tahap II

KUCHING, 25 (Bernama) – Wabak Rabies atau Anjing Gila kini diisytiharkan sebagai Bencana Tahap II setelah wabak itu berlaku melebihi dari satu daerah di Sarawak.


KKM sambut baik keputusan Sarawak sertai larangan merokok di premis makanan

KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik keputusan kerajaan Sarawak semalam, untuk perluasan perwartaan kawasan larangan merokok di tempat makan di negeri ini bermula 1 Mac depan.



HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018