SENARAI BERITA

KKM sasar kadar penyusuan susu ibu sebanyak 70 peratus menjelang 2025

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar penyusuan susu ibu eksklusif dalam kalangan bayi bawah umur enam bulan mencecah sebanyak 70 peratus menjelang 2025.


HLA sasar 12,000 polisi insurans 'HLA Fit CI' dilanggan menjelang hujung tahun

Hong Leong Assurance Bhd (HLA) menyasarkan 12,000 polisi dilanggan menjelang hujung tahun ini untuk pelan insurans ‘HLA Fit CI (Critical Illnesses)’ yang dilancarkan awal tahun ini.


Perlu ambil kira beberapa faktor sebelum bina Hospital Semenyih

Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira beberapa faktor termasuk keperluan dan kepadatan penduduk sebelum merancang untuk membina hospital di Semenyih, Selangor, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 


Cadangan naiktaraf HGM dapat sambutan baik ramai - Kae Chyau

Orang ramai terutama penduduk Jajahan Gua Musang menyambut baik cadangan Kerajaan Persekutuan menaiktaraf Hospital Gua Musang (HGM).

Inisiatif atasi masalah parkir Hospital Melaka

Kerajaan Negeri Melaka mengambil inisiatif tertentu bagi mengatasi masalah kesesakan tempat letak kenderaan  yang kritikal dan berlarutan sejak sekian lama di Hospital Melaka, Jalan Mufti Haji Khalil di sini.


Dapur Kolej Vokasional Kuala Kangsar ditutup sementara

IPOH, 19 Feb (Bernama) -- Premis dapur asrama Kolej Vokasional Kuala Kangsar ditutup sementara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan siasatan lanjut dan pembersihan.

Ubat Untuk Penghidap Diabetes - Insulin Dan Suntikan Lain

Oleh Emeritus Profesor Datuk Dr. Mustaffa Embong, Pakar Perubatan Diabetologi , Institut Diabetes Negara (NADI)

 

KUALA LUMPUR(Bernama)-- Dalam penulisan terdahulu mengenai ubat-ubatan untuk penghidap diabetes, penulis membangkitkan penggunaan ubat oral (pil) untuk rawatan diabetes sebagai tambahan (bukan gantian) kepada diet sihat dan aktiviti fizikal berkala.

Dalam isu ini, penulis akan membincang secara ringkas mengenai penggunaan insulin dan suntikan lain dalam rawatan kedua-dua jenis diabetes jenis1 dan jenis 2 selain ubat-ubatan lain yang biasa dipreskripsikan untuk pesakit diabetes.

 

APA ITU INSULIN?

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta dalam pankreas iaitu organ yang terletak di belakang perut. Fungsi utama insulin adalah untuk membantu glukosa dari peredaran masuk ke sel-sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Insulin dilepaskan ke dalam aliran darah sebagai tindak balas kepada makanan yang kita ambil manakala sedikit insulin latar belakang masih ada ketika kita tidak makan untuk mengekalkan tahap glukosa darah disebabkan glukosa masih dihasilkan oleh hati.


WHO hantar pasukan teknikalnya ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar

COX’S BAZAR, 18 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menghantar pasukan teknikalnya ke Hospital Medan Malaysia (MFH), sekaligus menjadikan MFH sebagai hospital rujukan di wilayah Ukhia, Cox’s Bazar, Bangladesh.


Bandar mesra umur di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merancang melaksanakan projek bandar mesra umur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


KKM nafi abai kebajikan pesakit dan pekerja Mawar Medical Centre

PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan kebajikan pesakit serta staf Mawar Medical Centre dan hanya tertumpu terhadap aspek perundangan susulan penutupan premis itu pada 14 Feb lalu.




HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018